Penolakan Cahaya: Warna Primer Dan Warna Sekunder
|
Penolakan Cahaya Mengapakah pisang dilihat berwarna kuning? Mengapakah strawberi dilihat berwarna merah? Mengapakah daun dilihat berwarna hijau? Ini kerana warna cahaya yang sama dengan objek legap akan dipantulkan ke mata kita, manakala warna lain akan diserap. Fenomena ini dipanggil penolakan cahaya. Ingatkah anda tentang warna primer dan warna sekunder? A. WARNA PRIMER
B. WARNA SEKUNDER
Ini adalah warna cahaya yang akan dihasilkan apabila melalui penapis yang berwarna primer (Merah, Hijau, Biru). Hanya warna yang sama sahaja akan dipantulkan.
Ini pula merupakan warna cahaya yang akan dihasilkan apabila melalui penapis berwarna sekunder (Magenta, Sian, Kuning). Ianya hanya membenarkan warna yang sama dan warna primer yang membentuknya.
Apakah perbezaan penambahan cahaya dan penolakan cahaya?
Rujukan: Buku Teks Sains Tingkatan 1 KSSM |
Start your first discussion


