1. PENGUJIAN
Definisi
- Alat untuk mengukur perubahan tingkah laku murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tujuan Utama
- Menentukan pencapaian sesuatu PdP.
Orientasi/Fokus
- Terhad kepada sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran.
Kaedah/Bentuk
- Pemerhatian
- Temu bual
- Soal selidik
- Soalan-soalan ujian
Keputusan
- Pencapaian sesuatu kemahiran.
- Penguasan pembelajaran yang spesifik.
2. PENGUKURAN
Definisi
- Proses menentukan nombor kepada pencapaian murid.
Tujuan Utama
- Membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
Orientasi/Fokus
- Berfokuskan pada peringkat pembelajaran.
Kaedah/Bentuk
- Pelbagai cara mengumpulkan data kuantitatif.
Kegunaan
- Untuk pengelasan dan penempatan murid dalam jurusan tertentu.
Keputusan
- Pencapaian dalam bentuk kuantitatif.
3. PENILAIAN
Definisi
- Proses pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan terhadap tindakan yang seterusnya.
Tujuan Utama
- Memberikan maklumat tentang pencapaian hasil pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum untuk membuat keputusan.
Orientasi/Fokus
- Berorientasikan produk/hasil mengenai apa-apa yang telah dipelajari.
Kaedah/Bentuk
- Pelbagai kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif.
Kegunaan
- Memperbaiki kurikulum, cara pengajaran dan membuat ramalan.
Keputusan
- Penghakiman untuk mencapaian gred/skor keseluruhan.
4. PENTAKSIRAN
Definisi
- Proses yang berterusan unruk memperoleh maklumat, menginterprestasi, merekod dan melapor prestasi murid untuk membantu guru untuk membuat keputusan dan tindakan.
Tujuan Utama
- Memperoleh dan memberi maklumat yang berterusan untuk menambah baik PdP.
Orientasi/Fokus
- Berorientasikan proses mengenai perkembangan PdP.
Kaedah/Bentuk
- Pelbagai kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif.
Kegunaan
- Untuk menambaik baik PdP dari segi mengesan punca kelemahan.
Keputusan
- Pengesahan/pengenalpastian aspek-aspek PdP untuk penambahbaikan
Rujukan
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran dalam Pendidikan EDUP3063
|
Tag
Konsep
Keputusan
Reflection
Antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran, yang manakah yang anda selalu gunakan untuk menguji murid anda?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Proses pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan terhadap tindakan yang seterusnya merupakan maksud kepada?
Nyatakan kegunaan pentaksiran.
This field is required
The text is too short
The text is too long