Pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
PENGENALAN INKUIRI
DEFINISI INKUIRI
1. Shulman, 1968 Inkuiri merupakan proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah.
2. Carin & Sund, 1971 Pembelajaran secara tidak langsung melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat melalui penyoalan dan penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
3. Coldburn, 2000 Satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan melibatkan aktiviti hands-on.
4. Galileo, 2004 Satu proses yang dinamik yang melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu untuk mengetahui dan memahami dunia.
5. BPK, 2016 Inkuiri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid yang melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu di mana murid mencari jawapan melalui pemerhatian, hipotesis, mengumpul data, pengukuran, menterjemah dan membina rumusan/refleksi. Inkuiri juga merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan penyiasatan masalah, penerokaan dan penemuan untuk mendapatkan maklumat serta pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu tugasan yang dijalankan.
MENGAPA INKUIRI
1. Murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
2. Murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi contohnya membina soalan beraras tinggi untuk mendapatkan jawapan dalam menyelesaikan masalah.
3. Murid dapat mengamalkan inkuiri dalam kehidupan seharian.
4. Meningkatkan keseronokan dan minat murid dalam PdP.
5. Murid dapat mengaplikasikan kemahiran meneroka, menilai, menganalisis, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.
6. Murid dapat mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai ketika menimba ilmu.
KONSEP UMUM INKUIRI
RujukanPanduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri |
Start your first discussion
