Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Kimia

Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Kimia

Share this post

KONSTRUKTIVISME

 

  • Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
  • Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
  • Pandangan tentang cara manusia belajar.
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
  • Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.

 

 

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: KIMIA

Tajuk

Asid, Bes, dan Garam

 

Hasil Pembelajaran Umum

Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah.

 

Hasil Pembelajaran Khusus

Menghubungkaitkan nilai pH dengan keasidan atau kealkalian sesuatu bahan.

 

Pengetahuan

Murid telah mengetahui konsep asid dan bes.

 

Aktiviti

 

1. Guru diminta untuk menarik perhatian murid terhadap situasi berikut:

 

  • Terdapat banyak iklan dan produk bahan-bahan kecantikan yang menekankan kandungan pH. (Guru menunjukkan beberapa contoh iklan atau produk yang bersesuaian).

 

  • Buah limau yang sering dimakan setiap hari mempunyai nilai pH yang lebih tinggi berbanding dengan buah limau nipis, sedangkan kedua-duanya berasid. Apakah yang anda faham dengan nilai pH?

 

2. Guru meminta pandangan murid tentang perkaitan pH dengan keasidan dan kealkalian bahan.

 

  • Murid boleh menguji bahan-bahan sedia ada (cuka, cecair pencuci, buah limau, syampu, air mineral, air paip) untuk mencari nilai pH bahan-bahan tersebut dan mencatatkannya.

 

3. Murid membuat rumusan tentang data yang diperoleh.

 

  • Guru diminta untuk menjelaskan hubungan antara skala pH dengan keasidan dan kealkalian bahan.

 

 

PANDUAN GURU

 

  • Guru diminta untuk menggerakkan pelajar secara pasangan atau berkumpulan.

 

  • Guru diminta memantau murid ketika pengujian bahan atau eksperimen dijalankan. Beri nasihat jika perlu.

 

Guru meminta pelajar membuat rumusan dengan pantauan. Guru diminta membetulkan dan menjelaskan hubungan antara skala pH dengan keasidan dan kealkalian bahan sekiranya pelajar keliru.

 

Rujukan

Konstruktivisme

 

Tag Konstruktivisme Kimia

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah Konstruktivisme?

Berikan satu (1) panduan guru ketika melakukan aktiviti ini.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson