Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Geografi

Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Geografi

KONSTRUKTIVISME

 

  • Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
  • Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
  • Pandangan tentang cara manusia belajar.
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
  • Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.

 

 

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: GEOGRAFI

 

Objektif

  • Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk.
  • Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan penduduk.

 

Tajuk

Taburan Penduduk

 

Bahan Bantu Mengajar

  • Kalkulator
  • Pensel warna
  • Peta lakar yang menunjukkan negeri-negeri Malaysia
  • Bahan edaran ‘Di manakah anda ingin tinggal’

 

Aktiviti

1. Murid diminta berbincang mengenai beberapa negeri di Malaysia. Apakah gambaran minda murid ketika membincangkan negeri-negeri di Malaysia? Apakah gambaran itu positif atau negatif?

 

2. Murid diminta menyatakan negeri-negeri yang paling digemari dan tidak digemari untuk diduduki serta memberikan sebab-sebab.

 

3. Edarkan bahan ‘Dimanakah anda ingin tinggal’ kepada semua murid. Murid diminta untuk menandakan negeri-negeri di kegemaran mereka menggunakan skala 1-5. Murid diberi panduan menggunakan skala tersebut. Skala 1 bermakna murid tidak ingin tinggal di tempat itu, skala 5 bermaksud murid ingin tinggal di tempat tersebut. Manakala skala 3 bermaksud murid tidak begitu tegas terhadap tempat yang mereka ingin tinggal.

 

4. Murid diminta mewarnakan negeri-negeri kegemaran mereka dengan menggunakan warna lembut di peta negara Malaysia. Manakala warna gelap digunakan untuk melambangkan negeri-negeri yang tidak digemari.

 

5. Murid berbincang sesama mereka mengenai negeri kegemaran. Soalan perbincangan meliputi soalan berikut:

 

  • Mengapakah anda memilih negeri tersebut?
  • Bagaimanakah anda memilih negeri tersebut sebagai paling tidak digemari?
  • Mengapakah anda lebih mengemari negeri jiran daripada negeri jauh?
  • Berdasarkan apa anda membuat keputusan? Adakah berdasarkan pengalaman atau maklumat yang anda tahu?
  • Pada pendapat anda, adakah anda akan berpindah sekiranya diberi peluang untuk berpindah ke negeri yang anda gemari? Apakah faktor yang tarikan dan tolakan yang membantu anda membuat keputusan sebegitu?

 

6. Kertas cadangan dikumpulkan. Murid diminta membuat analisis dengan mengira purata skor bagi setiap negeri kegemaran mereka secara keseluruhan. Senaraikan negeri mengikut purata kegemarannya.

Contoh:

 

Negeri

Purata Skor

Perak

4.8

Melaka

4.3

Johor

3.9

 

7. Murid boleh melukis atau melakar serta mewarnakan peta seperti di aktiviti 4. Peta kegemaran boleh ditampal pada papan kenyataan kelas.

 

8. Murid menganalisis peta berdasarkan soalan-soalan ini:

 

  • Negeri manakah yang paling digemari dan kurang digemari? Mengapakah?
  • Apakah pola yang terdapat dalam peta itu?
  • Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian murid itu?

 

Kesimpulan

 

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pola pemilihan tempat tinggal? Murid disoal tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tersebut. Jika maklumat yang diberikan oleh murid terhadap negeri-negeri ini tidak bendar atau berat sebelah, guru boleh mencadangkan kepada mereka untuk membuat kajian sama ada tanggapan mereka terhadap negeri-negeri tersebut benar atau tidak.

 

Contoh Bahan Edaran ‘Dimanakah anda ingin tinggal’

 

Berikan skala pada negeri-negeri kegemaran anda berdasarkan skala berikut:

1 = Amat tidak digemari

2 = Tidak digemari

3 = Tiada pendapat

4 = Digemari

5 = Amat Mengemari

 

  • Perlis 
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Johor
  • Pahang
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Sabah
  • Sarawak

 

Rujukan

Konstruktivisme

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson