KONSTRUKTIVISME
- Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
- Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
- Pandangan tentang cara manusia belajar.
- Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
- Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.
CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: BAHASA MELAYU
Objektif
Menghubungkan kata dasar bermula dengan huruf ‘T’ dengan imbuhan ‘me’.
Tajuk
Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja
Bahan Bantu Mengajar
Kad gambar
Pengetahuan
Murid telah mengetahui bahawa kata terbitan terdiri daripada imbuhan dan kata dasar
Aktiviti
1. Guru menunjukkan murid gambar orang yang sedang menendang bola, menulis, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton televisyen dan sebagainya.
2. Murid menulis ayat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Kemudian, murid diminta menuliskan ayat-ayat ini di papan tulis dan seterusnya menggariskan kata kerja yang menggunakan imbuhan ‘me’. Contohnya menulis, menumbuk, menonton, menarik, dan menendang.
3. Murid menentukan kata dasar kepada perkataan-perkataan ini dan menyenaraikan dalam jadual seperti dalam jadual di bawah:
4. Guru memberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Murid membentuk kata terbitan dengan meletakkan imbuhan ‘me’ pada awal kata dasar ini.
5. Murid diminta untuk menerangkan mengapa mereka membentuk kata terbitan tersebut.
6. Murid diminta untuk membaca ayat-ayat berikut:
- Siti menambah gula dalam airnya.
- Menorek hidung merupakan tabiat yang buruk.
- Ahmad menangis apabila kehilangan permainannya.
- Rahmad mentelan air sambil menyelam
Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan yang bergaris dan diminta untuk menunjukkan alasannya.
7. Murid membuat rumusan peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ‘me’.
8. Murid diminta untuk mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t’.
PANDUAN GURU
- Guru boleh mengatur murid secara individu, berpasangan atau dalam kumpulan. Ini sekiranya anda merasakan kemungkinan murid akan menghadapi masalah untuk langkah seterusnya.
- Guru perlu menyediakan gambar untuk memudahkan murid untuk memahami kata kerja yang dilakukan dalam gambar dengan lebih jelas.
- Guru perlu membantu murid-murid sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang diarahkan.
- Minta murid untuk membuat ulasan dan rumusan di akhir pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Konstruktivisme
|