LATAR BELAKANG
- Inkuiri ialah satu kaedah pendekatan untuk pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
- Kaedah ini menggalakkan murid bertanya dan rasa ingin tahu mencari jawa-pan melalui pemerhatian, hipotesis, mengumpul data, pengukuran, menterjemah dan membina refleksi atau rumusan.
- Kaedah ini juga menggalakkan murid untuk menyelesaikan masaalah, meneroka dan penemuan untuk murid mendapatkan maklumat serta pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu tugasan yang dilaksanakan. (adaptasi BPK, 2016)
- Kaedah ini adalah kaedah yang diberi penekanan dalam Pembelajaran Abad 21 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
CIRI-CIRI INKUIRI
Terdapat empat ciri-ciri inkuiri. Keempat-empat ciri tersebut dijelaskan seperti berikut:
- Berpusatkan murid
- Merangsang minat dan sikap ingin tahu
- Mengemukakan soalan dan membuat inferens dalam proses pencarian maklumat.
- Melibatkan proses kognitif, afektif dan psikomotor murid.
INKUIRI DALAM MATA PELAJARAN BAHASA
- PdP Inkuiri merupakan strategi yang sesuai dilaksanakan dalam semua mata pelajaran.
- Inkuiri dalam mata pelajaran bahasa bertujuan untuk merancang aktiviti berpusatkan murid yang strategic berasaskan penerokaan.
- Inkuiri menyumbang murid ke arah peningkatan kebolehan mereka berbahasa melalui pelibatan secara aktif sepanjang proses PdP bahasa.
- Pendekatan ini boleh menimbulkan minat murid untuk belajar bahasa,membangkitkan rasa ingin tahu, membentuk sikap belajar murid yang proaktif serta memmupuk daya kritis dan kreatif alam kalangan murid.
- Murid digalakkan menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengaplikasikan isi pelajaran kepada suatu situasi baharu serta membuat refleksi berlandaskan sesuatu masalah dan tugasan.
- Soalan-soalan yang diajukan guru memerlukan murid berfikir secara logik, kritis dan kreatif.
- Murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya terhadap soalan-soalan tersebut serta dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
- Teknik penyoalan inkuiri dalam PdP bahasa termasuklah berbentuk soal selidik, sumbang saran, tunjuk cara, simulasi, main peranan, pengajaran berkumpulan, perbincangan, bercerita, permainan bahasa, perbahasan, drama ,forum, dialog, soal selidik, laporan dan projek.
MODEL INKUIRI
Terdapat pelbagai jenis model inkuiri mengikut kesesuaian mata pelajaran yang berkaitan. Walau bagaimanapun, Model Pembelajaran 5E adalah model umum yang sesuai untuk diadaptasi dengan semua mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan. Contohnya, Mata pelajaran bahasa.
MODEL PEMBELAJARAN 5E UNTUK MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Model Pembelajaran 5E diadaptasi daripada model Biological Sciences Curriculum Study 5E Instructional Model, 1989.
5E mempunyai lima fasa pembelajaran iaitu:
- Pelibatan Murid
- Penerokaan
- Penerangan
- Pengembangan
- Penilaian
BAGAIMANA MODEL PEMBELAJARAN 5E DILAKSANAKAN DALAM PdP BAHASA MELAYU
CONTOH:
Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahun 1
Fokus: Kemahiran Menulis
Tajuk: Kebersihan – Menjaga Diri
LANGKAH 1: PELIBATAN MURID
Murid mendengar dan menyebut perkataan
- Murid diperdengarkan lagu ‘Anggota Badan” yang telah direkodkan mengikut rentak lagu Bangun Pagi.
- Murid menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan berkaitan dengan lirik yang dinyanyikan.
Contoh perkataan yang disebut ialah tangan, mata. kaki, dahi, mulut
- Murid diminta menyebut nama-nama anggota badan yang terdapat dalam lirik.
- Guru menampal kad-kad perkataan di papan tulis dan membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan tersebut.
LANGKAH 2: PENEROKAAN
Murid bertutur, mengeja dan menyebut
- Murid meneroka anggota badan sendiri atau rakan yang perlu diberi keutamaan tentang kebersihan anggota badan.
- Guru mengajukan soalan seperti Nyatakan anggota mana yang perlu kerap bersih dan Mengapa bahagian anggota tersebut perlu sentiasa bersih.
- Murid duduk dalam kumpulan dan guru melaksanakan pertandingan Siapa Cepat Dia Dapat. Guru menyebut perkataan berkaitan anggota badan dan ketua kumpulan akan cepat menyentuh bahagian badan yang disentuh.
- Guru seterusnya mengajukan soalan seperti Apakah penyakit-penyakit yang boleh diperolehi jika tidak menjaga kebersihan anggota badan?
- Murid menyiasat dan berbincang bersama rakan dan membuat catatan pada lembaran kerja yang disediakan.
LANGKAH 3: PENERANGAN
Murid mendengar dan menyebut perkataan
- Murid menceritakan hasil perbincangan mereka mengenai amalan kebersihan diri yang mereka amalkan setiap hari.
- Murid menyebut perkataan yang tercatat di dalam lembaran kerja seperti mata, kaki, muka dan tangan.
- Guru membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan dengan betul.
- Gerak kerja kumpulan: Murid diminta mengkelaskan perkataan yang menunjukkan cara membersihkan badan dan akannya alat yang digunakan untuk membersih seperti gigi dengan berus gigi yang terdapat di dalamlembaran kerja.
- Wakil kumpulan mempamerkan hasil kerja dan menyebutkan perkatan-perkataan yang telah dikelaskan.
- Murid lain dan guru menyemak jawapan untuk penambahbaikan.
LANGKAH 4: PENGEMBANGAN
Menyebut perkataan
- Guru mengedarkan teks bacaan kepada murid.
- Murid membaca senyap untuk memahami isi petikan teks.
- Murid mengeja dan menyebut perkataan yang digariskan dalam setiap perenggan petikan teks.
- Murid diminta menyebut makna perkataan bagi perkataan yang digariskan.
- Murid memberi makna perkataan dengan memadankan perkataan dengan betul. Contohnya, sakit maknanya tidak sihat, segar maknanya sihat.
LANGKAH 5: PENILAIAN
Murid menjawab latihan yang terdapat di dalam lembaran kerja.
- Murid menjawab latihan yang terdapat di dalam lembaran kerja iaitu melabel gambar anggota badan dengan perkataan yang betul.
- Murid mempamerkan hasil kerja dan menyebut perkataan yang telah dipadankan.
- Guru dan murid lain membuat penilaian.
- Murid diminta menyanyikan semula lagu ‘Anggota Badan’ sekiranya mempunyai masa yang mencukupi sebagai penutup pengajaran.
KESIMPULAN
- Guru dikehendaki melaksanakan refleksi kendiri selepas melaksankan kaedah inkuiri dalam PdP Bahasa Melayu yang berfokus kepada kemahiran menulis.
- Hal ini bertujuan untuk mengesan tentang keberkesanan aktiviti inkuiri dalam PdP.
- Guru boleh mengesan sama ada peranan guru sebagai fasilitator, pembimbing dan penilai serta aktiviti berpusatkan murid dilaksanakan atau tidak.
Guru juga boleh mengesan sama ada prestasi proses PdP guru telah mencapai objektif pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui penilaian berterusan yang dilaksanakan terhadap murid sepanjang proses PdP.
Rujukan:
-
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri https://www.slideshare.net
-
Pembelajaran Inkuiri Penemuan https://www.academia.edu
|