Pendekatan Koperatif
PENDEKATAN KAEDAH PENYELIDIKAN KONSTRUKTIF.
Secara umumnya, terdapat 4 pendekatan di dalam kaedah penyelidikan konstruktif.
Dalam artikel ini, tumpuan diberikan kepada pendekatan koperatif dalam kaedah penyelidikan konstruktif.
PENDEKATAN KOPERATIF
1. PENGENALAN
2. PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN KOPERATIF
Setiap pelajar perlulah merasakan mereka adalah sama dan saling bergantung untuk mencapai matlamat dalam kumpulan. Cara yang digunakan untuk mencapai saling bergantungan secara positif termasuklah dengan menetapkan matlamat, berikan ganjaran kepada ahli kumpulan, membahagikan sumber sama rata dan memberikan peranan sampingan kepada ahli kumpulan.
Ahli dalam kumpulan perlulah duduk berdekatan dan berinteraksi antara satu sama lain.
Setiap ahli kumpulan perlulah mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Cara untuk menstruktur akauntibiliti individu adalah dengan memberi ujian kepada semua pelajar, memilih secara rawak untuk menerangkan jawapan, memilih secara rawak laporan untuk digredkan dan penglibatan saksama.
Contoh kemahiran koperatif termasuklah mengikut giliran untuk membuat kerja, memberi galakan, mendengar dengan teliti, menerangkan pendapat dengan jelas, mengkritik idea.
Juga dikenali sebagai membuat refleksi. Perlakuan yang baik perlu diamalkan dan kelemahan harus diperbaiki pada PdP lain.
Pelajar bukan sahaja perlu menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja.
Perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan dalam masa yang sama.
3. STRATEGI PENDEKATAN KOPERATIF
Setiap ahli kumpulan mendapatkan maklumat dengan mengenal pasti topik, merancang dan menjalankan siasatan.
Pembelajaran koperatif STAD mengikut turutan berikut:
Pelajar diberi kebebasan untuk bertindak dan guru membentuk kelas secara heterogen. Bahan-bahan ini direka khas untuk menggantikan buku teks sepenuhnya.
Guru membentuk pelajaran yang sesuai dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar bermain permainan yang berbentuk pertandingan dalam bilik darjah.
Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi maklumat yang dipelajari. Pelajar bertanggungjawab mempelajari bahagian atau bab tertentu dan kemudiannya mengajar kepada ahli kumpulan yang lain.
Rujukan |
Start your first discussion
