Pendekatan Kognitif

KOGNITIF

 

Merujuk kepada aktiviti mental yang merangkumi perhatian, ingatan, penghasilan dan pemahaman bahasa, pembelajaran, penaakulan, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan. Maklumat ini akan diubah dan disusun kembali. Otak akan memproses secara aktif informasi yang diterima dan menukarkannya kepada bentuk atau kategori baru.

 

 

PENDEKATAN KOGNITIF

 

  • Teori kognitif mengekalkan bagaimana seseorang berfikir mempengaruhi perasaan dan tingkah lakunya.
  • Membantu dalam pengetahuan termasuklah mengingat, pemikiran, motivasi dan anggapan

 

 

TAHAP PERKEMBANGAN DALAM PENDEKATAN KOGNITIF

 

1. Enaktif

Pelajar akan memahami lingkungan sekitar melalui pengetahuan motorik.

 

2. Ikonik

Pelajar memahami lingkungan sekitar melalui visualisasi verbal/gambar-gambar.

 

3. Simbolik

Pelajar memahami lingkungan sekitar melalui simbol-simbol bahasa

 

 

PRINSIP PENDEKATAN KOGNITIF

 

  • Pendekatan kognitif ini telah digunakan untuk pelbagai kandungan teori dan praktikal dalam dunia pendidikan.
    • Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran disusun dalam logik atau pola tertentu.
    • Penyusunan prosedur PdP haruslah dari sederhana kepada kompleks.
    • Proses pembelajaran dengan memahami sesuatu konteks akan jauh lebih baik daripada hanya menghafal sahaja.

 

 

IMPLIKASI PENDEKATAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

 

  1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyatakan idea.
  2. Memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang pengalamannya.
  3. Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba perkara baru.
  4. Memberi pengalaman yang mempunyai tujuan kepada pelajar.
  5. Mencipta suasana pembelajaran yang kondusif.
  6. Mendorong pelajar memikirkan perubahan untuk mencapai objektif mereka.

 

 

KELEBIHAN PENDEKATAN KOGNITIF

 

  • Meningkatkan kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah
  • Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar.

 

 

KEKURANGAN PENDEKATAN KOGNITF

 

  • Kemampuan pelajar harus diperhatikan secara menyeluruh, bukan hanya pada seorang pelajar sahaja.

 

Rujukan

Teori kognitif

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions