Pendekatan Induktif atau Deduktif Dalam Pembelajaran
|
PENGENALAN Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran. Antara pendekatan yang selalu digunakan dalam pengajaran ialah pendekatan induktif dan deduktif. Kedua-dua pendekatan ini bermirip kepada berpusatkan murid. Guru hanya berperanan sebagai pembimbing semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pendekatan ini dalam pembelajaran murid. PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif ialah pendekatan yang mana guru meminta murid mengumpul dan mentafsir maklumat dan kemudian semua maklumat-maklumat tersebut dibuat generalisasi atau kesimpulan. Jika guru memilih pendekatan ini untuk digunakan dalam pengajaran, guru perlu memulakan pengajarannya dengan memberi beberapa contoh yang khusus tetapi mengenai kandungan atau isi pelajaran yang sama hendak diajar. Murid diminta menggunakan contoh-contoh tersebut sebagai aktiviti pembelajaran. Guru berperanan membimbing mereka untuk berfikir, menaksir, mengkaji pula dan mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam contoh-contoh yang diberi itu. Hasil daripada maklumat yang diperolehi, murid kemudiannya akan membuat generalisasi atau kesimpulan mengenainya. Beberapa contoh yang khusus boleh digunakan jika guru masih memilih pendekatan induktif dalam situasi pembelajaran yang lain. Guru berperanan pula dengan mengadakan sesi soal jawab sambil membimbing murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti fakta-fakta penting yang terkandung dalam contoh-contoh tersebut. Guru tidak digalakkan memberi penerangan atau pandangan kepada murid untuk membuat kesimpulan. Pendekatan induktifboleh diguna pakai dalam proses pembelajaran dan pengajaran pelbagai mata pelajaran khususnya Sains, Matematik dan Bahasa. JENIS-JENIS PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif mempunyai pelbagai jenis cara untuk mengajar pelbagai jenis mata pelajaran. Antara contohnya ialah:
CARA PELAKSANAAN PENDEKATAN INDUKTIF DALAM PEMBELAJARAN Guru perlu mematuhi dan memahami prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif sekiranya hendak melaksanakan aktiviti-aktiviti yang merupakan inuktif yang berkesan. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah:
PENDEKATAN DEDUKTIF Pendekatan deduktif boleh diertikan sebagai pendekatan yang diajar dengan bermula daripada hukum, teori, peraturan atau prinsip diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Cara pelaksanaan kaedah ini ialah lebih daripada generik kepada spesifik. Guru perlu memaklumkan murid tentang objektif pembelajaran sebelum kaedah ini digunakan dalam sesi pembelajaran. Peranan guru ialah membimbing murid terhadap konsep yang diajar bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau membuat kesimpulan. Contohnya, mata pelajaran Matematik yang bertajuk Tambah. Guru perlu menerangkan kepada murid tentang konsep tambah dan cara prosesnya. Kemudian murid akan menyelesaikan masalah tambah berdasarkan konsep yang dipelajari. Guru hanya berperanan sebagai pembimbing. JENIS-JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF Pendekatan deduktif yang digunakan untuk pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 1. Penyelesaian Masalah Pendekatan deduktif hanya digunakan untuk menyelesaiakn masalah. Sebagai contoh, murid diberi fungsi imbuhan ‘ter’ dan mereka diminta membina ayat berdasar imbuhan ‘ter’ tersebut. 2. Memperoleh kesimpulan untuk satu kesimpulan atau generalisasi baru Pendekatan deduktif digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Contohnya, Guru mengajar mata pelajaran Matematik bertajuk Luas Segiempat Tepat. Selepas itu, murid dikehendaki menggunakan rumusan luas segiempat tepat yang dipelajari untuk mendapatkan rumusan luas segitiga bersudut tegak. 3. Membukti hipotesis Pendekatan deduktif digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui peraturan atua prinsip yang dipelajari. Contohnya: selepas murid mempelajari teorem berkaitan sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka seterusnya dibimbing menggunakan teorem tersebut untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180. CARA PELAKSANAAN PENDEKATAN DEDUKTIF DALAM PEMBELAJARAN
KESIMPULAN Umumnya, pendekatan induktif dan deduktif mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan kekurangan. Kedua-dua pendekatan ini bertumpu kepada kemahiran berfikir seperti yang dikehendaki dalam pembelajaran abad ke-21. Murid dapat menyelesaikan masalah yang diberi dengan cepat, murid tidak berasa malu untuk memberi pendapat kerana semua maklumat yang diberi tidak dianggap betul atau salah dan memudahkan tugasan serta menyeronokkan murid. Hal ini adalah kerana pelibatan murid lebih bertumpu kepada kerja sepasukan. Dengan hal ini, guru seharusnya terlebih awal merancang untuk memilih salah satu pendekatan ini sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Rujukan:
|
Start your first discussion