Pembelajaran Aktif: Penggunaan Roda Putar di dalam Bilik Darjah

Pembelajaran Aktif: Penggunaan Roda Putar di dalam Bilik Darjah

Roda putar ini digunakan untuk membuat pilihan keputusan pembelajaran secara aktif di dalam bilik darjah. Ia juga boleh dikenali sebagai “Roda Membuat Keputusan”. Roda putar ini juga boleh di dapati di dalam aplikasi telefon sama ada IOS dan Android untuk memudahkan anda menggunakannya atau anda boleh membuatnya dan meletakkan di dalam bilik darjah.

Roda putar ini memudahkan guru untuk membuat keputusan, aktiviti yang ingin dilakukan di dalam kelas dan sebagainya. Dimana meletakkan beberapa pilihan pada roda putar dan menghiasnya dengan warna-warni untuk menjadikan ia menarik. Roda tersebut akan diputar, apabila ia berhenti pada anak panah, pilihan tersebut akan dipilih.

Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh menggunakannya di dalam bilik darjah:

  1. Memilih nama pelajar secara rawak untuk disoal.
  2. Memilih topik untuk dibincangkan di dalam kelas.
  3. Pemilihan hadiah atau ganjaran sekiranya pelajar berkelakuan baik.
  4. Pilihan kata kunci dan minta pelajar menulis ayat menggunakan perkataan itu.
  5. Mempunyai pelbagai pilihan soalan pada roda putar dan pelajar harus menjawab sekiranya soalan tersebut dipilih.
  6. Meletakkan nombor pada roda untuk menentukan berapa minit masa untuk membuat aktiviti, berbincang atau membuat keputusan yang diperoleh pelajar.
  7. Pilihan aktiviti untuk merehatkan minda di dalam bilik darjah.

Semoga perkongsiaan ini memberi anda idea untuk menjalankan pembelajaran secara aktif di dalam bilik darjah dan juga menyeronokkan.

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson