INKUIRI
- Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.
- Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.
- Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.
- Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.
- Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: SEJARAH KSSR TAHUN 4
Mata Pelajaran: Sejarah
Bilangan Murid: 30 orang
Kelas: Tahun 4 Exora
Tema/Topik/Modul: Zaman Prasejarah: Sejarah Awal Negara / Zaman Prasejarah
Masa: 60 minit
Standard Kandungan/ Pembelajaran:
3.1 Kehidupan Manusia Prasejarah.
3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat Prasejarah.
3.1.7 Menyatakan persediaan untuk menghadapi perubahan persekitaran.
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
- Menyenaraikan tiga alatan yang dicipta oleh manusia Prasejarah.
- Menerangkan dua kegunaan bagi tiga alatan yang dicipta oleh manusia Prasejarah.
- Merumuskan sikap manusia dalam menghadapi perubahan dalam kehidupan.
Aktiviti P&P: (Rujuk jadual di bawah)
EMK:
- Berbangga dengan asal usul negara
- Memelihara warisan negara
- Kemahiran Pemikiran Sejarah Memahami Kronologi
- Signifikan bukti
- Kreativiti & Inovasi
- Keusahawanan
Bahan Bantu Belajar: Gunting, tukul besi, pemetik api, gambar alatan manusia Prasejarah, gambar dan kad manila.
Penilaian: (Diisi selepas p&p)
Refleksi: (Diisi selepas p&p)
A. FASA PELIBATAN (5 MINIT)
Aktiviti:
- Murid ditunjukkan alatan yang digunakan pada masa kini dan bersoal jawab dengan guru.
- Murid diberi permasalahan tentang alatan pada masa kini yang dikatakan mengalami evolusi daripada alatan zaman Prasejarah dan diminta membuktikan permasalahan tersebut.
Contoh Soalan:
- Apa yang boleh kamu terangkan tentang alatan ini?
- Mengapakah alatan ini digunakan dalam kehidupan manusia prasejarah?
- Bagaimana manusia prasejarah mencipta peralatan ini?
Catatan:
- Murid dibimbing oleh guru untuk membina hipotesis
- EMK - (Keusahawanan)
- Murid dibimbing guru melalui soalan
B. FASA PENEROKAAN (25 MINIT)
Aktiviti:
- Murid mencari gambar alatan zaman Prasejarah melalui kajian perpustakaan, internet atau rujukan buku teks. (kerja rumah telah dimaklumkan oleh guru)
- Murid bekerja dalam kumpulan berenam.
- Murid diminta menamakan alatan yang digunakan oleh manusia zaman Prasejarah dan kegunaannya dan menampalkan lembaran kerja yang disediakan.
Contoh Soalan:
- Mengapa anda memilih fosil ini?
- Bagaimana anda boleh membuktikan peralatan dapat membantu manusia Prasejarah menjalankan kelangsungan hidup?
- Benarkah peralatan ini wujud pada zaman Prasejarah?
Catatan:
- Menguji hipotesis
- Dimensi Kewarganegaraan
- Berbangga dengan asal usul negara
- Meneroka Bukti (Signifikan bukti)
- KBAT - (Mengaplikasi)
- EMK - (Kreativiti dan Inovasi)
C. FASA PENERANGAN (20 MINIT)
Aktiviti:
- Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja.
- Kumpulan yang berjaya melengkapkan jawapan dengan tepat perlu berkongsi maklumat kepada kumpulan lain.
- Kumpulan lain mengumpul maklumat dari kumpulan yang berjaya memberi jawapan dengan tepat.
Catatan:
- Memelihara warisan negara
- KBAT - (Menganalisa)
- Cadangan:
- kumpulan yang berjaya melengkapkan jawapan dengan tepat akan diberi hadiah
D. FASA PENGEMBANGAN (15 MINIT)
Aktiviti:
- Murid merumus tentang bukti alatan yang digunakan pada zaman kini yang dikatakan mengalami evolusi daripada alatan yang digunakan pada zaman Prasejarah.
- Tayangan video boleh ditunjukkan untuk meningkatkan kefahaman murid tentang alatan masa dahulu sehingga kini yang mengalami evolusi.
Contoh Soalan:
- Apakah yang anda tahu tentang perkembangan evolusi peralatan?
- Mengapakah anda fikir evolusi ini berlaku?
- Ramalkan peralatan yang anda lihat pada 50 tahun akan datang.
Catatan:
- Berbangga dengan asal usul negara
- KBAT - (Menilai)
- EMK - (Kreativiti dan Inovasi)
- Memuat turun video klip.”Masterchef survival “
E. FASA PENILAIAN (5 MINIT)
Aktiviti:
- Murid diminta merumus tentang bukti alatan yang digunakan pada zaman kini yang dikatakan mengalami evolusi daripada alatan yang digunakan pada zaman Prasejarah
Contoh soalan:
- Mengapa anda fikir peralatan ini mengalami evolusi?
- Apakah kesannya pada manusia apabila evolusi ini berlaku?
- Apakah bukti yang menjadi ukuran evolusi ini mem bawa kesan dalam kehidupan manusia?
Rujukan
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
|