INKUIRI
- Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.
- Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.
- Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.
- Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.
- Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: SEJARAH KSSM TINGKATAN 1
Mata Pelajaran: Sejarah
Bilangan Murid: 30 orang
Kelas: Tingkatan 1 Azalea
Tema/Topik/Modul: Pengenalan Ilmu Sejarah
Masa: 60 minit
Standard Kandungan/ Pembelajaran:
1.1 Pengenalan Ilmu Sejarah
1.1.4 Membincangkan sumber sejarah
1.1.5 Menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah
K1.1.10 Menjana idea cara memelihara warisan negara kita
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
- Menyenaraikan dua sumber sejarah.
- Menghuraikan tiga kaedah penyelidikan sejarah.
- Mengemukakan pendapat tentang cara memelihara warisan negara kita.
Aktiviti P&P: (Rujuk jadual di bawah)
EMK:
- Perkongsian Sejarah (Memelihara warisan negara)
- Perkongsian Masa Depan (Mengekalkan warisan negara)
- Kemahiran Pemikiran Sejarah
- Memahami Kronologi (Elemen asas sejarah)
- Meneroka Bukti (Signifikan bukti, Mencari sumber)
- Kemahiran Interpretasi (Perbandingan masa lalu)
- Kreativiti & Inovasi
- TMK
Bahan Bantu Belajar: Capaian internet, komputer, projektor LCD, kertas sebak dan buku nota (buku catatan)
Penilaian: (Diisi selepas p&p)
Refleksi: (Diisi selepas p&p)
A. FASA PELIBATAN (5 MINIT)
Aktiviti:
- Murid menonton sedutan filem The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor.
- Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan sedutan filem tersebut.
- Murid mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran dengan bimbingan guru.
Soalan:
- Apakah yang kamu tahu tentang filem ini?
- Di negara manakah yang menjadi lokasi dalam filem ini?
- Apakah bahan-bahan sejarah yang anda lihat dalam filem ini?
Catatan:
- Langkah 1: Menentukan masalah
- Langkah 2: Membina hipotesis
- KPS
- Memahami Kronologi (Elemen asas sejarah)
- EMK - (Keusahawanan, TMK)
- Memuat turut video klip The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor
B. FASA PENEROKAAN (25 MINIT)
Aktiviti:
- Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
- Murid mencari maklumat melalui kajian perpustakaan, kajian internet atau rujukan buku teks tentang sumber sejarah dan kaedah penyelidikan sejarah.
- Murid menganalisis maklumat yang diperoleh dan menterjemah hasil dapatan ke dalam bentuk peta pemikiran i-Think.
Contoh soalan:
- Apakah yang dikatakan sumber pertama dan sumber kedua?
- Apakah kaedah penyelidikan sejarah?
- Bagaimanakan untuk membezakan sumber pertama dan sumber kedua?
- Apakah kepentingan sumber dalam penyelidikan sejarah?
Catatan:
- Langkah 3: Menguji hipotesis
- KPS
- Meneroka Bukti (Signifikan bukti, mencari sumber)
C. FASA PENERANGAN (20 MINIT)
Aktiviti:
- Murid secara berkumpulan membuat pembentangan tentang sumber sejarah dan kaedah penyelidikan sejarah.
- Murid daripada kumpulan lain memberi perhatian dan membuat catatan.
- Murid dari kumpulan yang lain bersoal jawab dengan kumpulan yang membentang.
- Murid diberi lembaran kerja tentang cara memelihara warisan negara
Catatan:
- Langkah 3: Menguji hipotesis
- Dimensi Kewarganegaraan
- Perkongsian Masa Depan (Mengekalkan warisan negara)
- Memahami Kronologi (Elemen asas sejarah)
- KBAT (mengaplikasi)
- ENT (Keusahawanan)
D. FASA PENGEMBANGAN (15 MINIT)
Aktiviti:
- Murid diberi lembaran kerja tentang cara memelihara warisan negara
- Murid bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan.
- Murid mendengar ulasan guru tentang aktiviti pada hari ini.
Contoh soalan:
- Apakah cadangan atau pandangan anda dalam memelihara sumber sejarah sebagai warisan negara?
- Sebagai generasi muda, mengapa kita perlu mengamalkan sikap ambil tahu dan menghargai warisan negara?
- Apakah yang akan terjadi sekiranya warisan ini terbiar dan pupus?
Catatan:
- Kemahiran Interpretasi (Perbandingan masa lalu)
- KBAT - (Menganalisis)
- EMK - (Keusahawanan)
E. FASA PENILAIAN ( 5 MINIT)
Aktiviti:
- Murid diminta merumus kepentingan sumber dan kaedah penyelidikan dalam disiplin ilmu sejarah
Contoh soalan:
- Mengapa anda fikir kesahihan dan ketepatan sumber sejarah penting apabila membuat kaijan?
- Apakah yang boleh dibuktikan melalui kaedah penyelidikan sejarah?
- Apakah kesan bila sumber sejarah disalahguna?
Catatan:
- Berbangga dengan warisan negara
- KBAT - (Menilai)
- EMK - (Kreativiti dan Inovasi)
Rujukan
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
|