INKUIRI
- Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.
- Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.
- Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.
- Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.
- Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 1
Kemahiran bahasa: MENULIS
Tingkatan: 1
Masa: 60 minit
Tema/Tajuk: Obesiti Kanak-kanak: Di manakah peranan ibu bapa?
Standard Kandungan:
3.6 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
Standard Pembelajaran:
3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bentuk prosa kepada bentuk ilustrasi dengan tafsiran yang betul.
Objektif Pengajaran & Pembelajaran:
- Pada akhir pengajaran, murid dapat:
- Menulis dan mengolah maklumat mengenai obesiti dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk ilustrasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan bertatasusila.
Elemen Merentas Kurikulum:
- Bertanggungjawab
- Hormat menghormati
- KBAT - Mengintegrasi, mentafsir, membuat refleksi
- TMK - Menghasil kan bahan grafik mengenai obesiti menggunakan aplikasi power point atau word.
A. FASA PELIBATAN (10 MINIT)
Aktiviti:
1. Guru mempamerkan gambar berkaitan obesiti.
2. Sumbang saran murid mengenai gambar tersebut.
3. Guru bertanya soalan yang membawa kepada perbincangan lebih lanjut:
- Apakah yang anda ingin tahu daripada gambar ini?
- Apa yang anda sudah tahu?
- Bagaimana anda tahu?
4. Murid mengemukakan soalan berkaitan gambar tersebut dan mencatatkannya di dalam bingkai rujukan
Catatan:
- Gambar dua orang kanak-kanak berbeza saiz fizikal
- Peta bulatan
B. FASA PENEROKAAN (20 MINIT)
Aktiviti: Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. Setiap orang dalam kumpulan diberi satu artikel bertajuk: Obesiti Kanak-kanak: di manakah peranan ibu bapa?
- Murid dikehendaki membaca dengan teknik imbasan dan KWLH (Know, What, Learn, How)
- Murid dikehendaki menjalankan sumbang saran membincangkan perkataan, istilah atau frasa yang berkaitan dengan topik.
- Murid mencatat dapatan perbincangan dalam lajur K carta KWLH
- Murid membina soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui mengenai topik dan mencatatkan soalan tersebut dalam lajur W.
- Murid melakukan pembacaan. Semasa atau selepas membaca teks, pelajar mengisi lajur L untuk menjawab soalan yang telah disenaraikan oleh mereka dalam lajur W dan maklumat baharu ini telah dipelajari /yang menarik.
- Tidak semua soalan murid dalam lajur W terdapat dalam teks. Catat maklumat yang tiada dalam Lajur H. Murid merujuk bacaan tambahan daripada sumber lain untuk mencari jawapan kepada soalansoalan yang jawapannya tiada dalam teks.
- Murid berbincang dan menghasilkan grafik visual bagi menjawab soalan-soalan yang telah dibina di dalam Lajur W.
Catatan:
- Artikel
- Kertas sebak
- Pen marker
- Rajah KWLH
C. FASA PENERANGAN (10 MINIT)
Aktiviti:
- Murid memaparkan hasil kerja di dinding kelas
- Ketua kumpulan akan berdiri di samping hasil kerja
- Ahli kumpulan lain akan melawat hasil kerja kumpulan lain
- Ahli kumpulan menambah baik hasil kerja kumpulan hasil daripada dapatan lawatan kumpulan lain
Catatan:
- Gallery Walk.
- Guru dan murid meminta justifikasi atas jawapan yang telah dipamerkan.
D. FASA PENGEMBANGAN (10 MINIT)
Aktiviti:
- Murid diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
- Ahli kumpulan lain mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang untuk menambahkan maklumat dan idea
- Murid diminta mencadangkan menu makanan sihat yang lengkap untuk satu hari.
Catatan:
- Pembentangan kumpulan
- Soalan bimbingan daripada guru:
- Kenapa anda berfikir demikian?
- Apakah sumber maklumat yang anda perolehi?
E. FASA PENILAIAN (10 MINIT)
Aktiviti:
- Murid membuat refleksi mengenai masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan ilustrasi yang dihasilkan.
Catatan:
- Guru mengajukan soalan terbuka seperti:
- Kenapakah anda berfikir demikian?
- Apakah bukti yang menyokong dapatan anda?
Rujukan
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
|