Panduan Menggunakan Canva untuk Pengguna Baru
Canva merupakan medium yang disediakan untuk pengguna menjadi kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya. Ianya sangat berguna kepada mereka yang bekerja secara langsung dengan rekaan. Namun begitu, guru juga memerlukannya sebagai persediaan pembentangan untuk dipersembahkan kepada murid atau rakan sekerja. Bagaimanakah cara untuk bermula?
1. Daftar akaun di www.canva.com secara percuma.
2. Untuk bermula, pilih ‘Create a Design’. Kemudian, pilih pilihan yang ingin anda lakukan seperti ‘Presentation’, ‘Poster’, ‘Video’ dan sebagainya.
3. ni merupakan paparan anda sekiranya anda memilih ‘Presentation’.
4. Pilih ‘template’ yang anda suka di bahagian kiri paparan.
5. Tekan ‘photo’ di bahagian kiri paparan untuk memuat naik gambar di dalam hasil kerja anda.
6. Anda boleh juga memasukkan ‘elements’ yang anda inginkan dengan klik di bahagian kiri paparan.
7. Sekiranya ingin menukar warna pada ‘background’, anda perlu klik sahaja ‘background’ tersebut dan pilih warna yang diberikan.
8. Sekiranya sudah selesai dengan hasil kerja anda, anda boleh klik simbol simpan di bahagian atas kanan paparan.
9. Sekiranya hasil kerja mempunyai ‘premium item’, anda boleh memilih untuk membayarnya. Namun, Canva menyediakan lebih banyak item percuma yang anda boleh gunakan.
Rujukan |
Start your first discussion