Panduan Kerja Lapangan

Dalam melakukan kerja lapangan, beberapa perkara perlu diambil kira. Berikut merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kerja lapangan Geografi:

1.   Pemilihan Tajuk Atau Isu Yang Sesuai

  • Kenal pasti isu atau masalah yang wujud
  • Pastikan tajuk yang dipilih sudah dipelajari
  • Pilih lokasi yang terlibat
  • Pastikan data dan maklumat bagi tajuk yang ingin dipilih mudah untuk diperolehi

2.   Penentuan Objektif

  • Mengenal pasti
  • Mengkaji
  • Mencadangkan
  • Menghuraikan
  • Menjelaskan

3.   Penentuan Kaedah Kajian

  • Pemerhatian – melakukan pemerhatian dan mencatat isu yang hendak dikaji, ambil foto yang berkenaan dengan isu untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
  • Temu Bual – memerlukan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang secara lisan untuk mendapatkan data dan maklumat, borang temu perlu disediakan.
  • Soal Selidik – menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan, maklumat dapat dikumpul apabila responden menjawab soalan yang ditujukan. 
  • Rujukan – memperolehi rujukan di pusat sumber, majalah, jurnal, keratan akhbar dan bahan multimedia yang lain.

4.   Cara Merekod, Mengumpul Dan Menganalisis Data 

  • Kumpul dan analisis semua maklumat yang diperoleh dan direkod daripada kaedah kajian yang dilakukan. 
  • Persembahkan data yang dianalisis dalam bentuk jadual, rajah dan peta pemikiran.

5.   Merumus dan Menulis Laporan Kajian

  • Hasil kajian dan rumusan ditulis dalam bentuk laporan mengikut format yang ditetapkan setelah data dan maklumat dianalisis.  

6.   Kriteria dan Proses kerja

  • Perancangan
    • Jadual kerja
    • Pengagihan kerja
    • Objektif kajian
    • Penentuan kaedah kajian
 
  • Proses Awal
  • Maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber dengan  menggunakan kaedah yang sesuai
 
  • Laporan Akhir
  • Grafik
  • Tafsiran konsep
  • Isi utama/huraian/contoh

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson