A. MENDORONG DAN MERANGSANG PEMIKIRAN
Seseorang guru yang mempunyai kemahiran menyoal berupaya merangsang pemikiran, membentuk perhubungan atau perkaitan, meneguhkan kemahiran asas, menggalakkan kejayaan, melibatkan pelajar-pelajar yang segan, mengenal pasti pelajar yang hilang tumpuan dan meningkatkan keyakinan diri pelajar.
B. LANDASAN UNTUK MELAKSANAKAN KEMAHIRAN PENGAJARAN
Aktiviti menyoal boleh menyediakan landasan untuk melaksanakan kemahiran pengajaran yang lain seperti:
Gambar Rajah: Peranan Penyoalan dalam Pengajaran
|
Untuk menjadi penyoal yang baik, melibatkan beberapa proses:
- Mengingati tujuan pengajaran
- Mengawal komunikasi semasa menyampaikan pengajaran
- Mengukur tindak balas pelajar yang berbentuk lisan dan bukan lisan
- Mentadbir tingkah laku pelajar
- Memikirkan soalan yang perlu ditanya selanjutnya
C. MELIBATKAN PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN ATAU INDIVIDU
Menyoal memainkan peranan dalam pelbagai cara:
1. Kumpulan:
- Aktiviti yang biasa dilakukan ialah perbincangan, sumbang saran dan soal jawab antara satu sama lain.
- Setiap ahli kumpulan perlu mengumpul sebanyak mungkin maklumat dengan bersoal jawab sambil memikirkan cara menyelesaikan masalah.
2. Individu:
- Memerlukan penilaian yang kerap untuk mengetahui sejauh mana peringkat pencapaian pelajar dalam memahami konsep dan kemahiran dalam pembelajaran Matematik.
- Dijalankan dengan menayaka soalan secara lisan atau bertulis.
D. MELIBATKAN LEBIH RAMAI PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN
Soalan yang dikemukan oleh guru menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perbincangan dan aktiviti, serta boleh membantu pelajar berasa mereka adalah penting. Menyoal juga menggalakkan perbincangan dan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dan pelajar.
Contohnya, apabila guru menyoal, “Berapa peratus daripada 75 menghasilkan 13.50?” Maka, pelajar perlu aktif menterjemahkan soalan dan melengkapkan penyelesaian seperti berikut:
X/100 x 75=13.50
75/100 x X=13.50
0.75X=13.50
X= 13.50/0.75=18
Untuk mencapai matlamat ini guru-guru haruslah memilih pendekatan penyoalan yang sesuai dan menyediakan satu persekitaran yang selesa agar pelajar dapat menumpukan perhatian dalam menyelesaikan masalah.
Penyoalan sambil melibarkan pelajar menjalankan aktiviti seperti permainan, teka-teki dan aktiviti dapatan boleh membuatkan pengajaran menarik dan meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari Matematik.
E. MELIHAT KEMBALI KONSEP DAN KEMAHIRAN YANG TELAH DIAJAR
Biasanya guru akan menjalankan aktiviti soal jawab untuk mengimbas kembali konsep dan kemahiran yang telah diajar selepas menyampaikan pengajaran. Aktiviti ini dapat menyediakan pelajar untuk membuat penilaian atau memastikan pelajar dapat menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar. Menyoal juga boleh digunakan untuk memperkenalkan dan membincangkan topik atau unit-unit baru. Dengan mengemukakan pertanyaan, guru dapat mengetahui sejauh mana pelajar mengikuti pengajarannya.
F. MENGENAL PASTI KESUKARAN YANG DIHADAPI PELAJAR
Menyoal dapat membantu guru mengenal pasti mana-mana pelajar yang menghadapi kesukaran dalam memahami konsep Matematik. Guru juga boleh menyoal pelajar untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian dalam menguasai konsep dan kemahiran Matematik. Jika jawapan yang diberi oleh pelajar menggambarkan yang ia masih tidak memahami kandungan pelajaran maka konsep tersebut perlu diterangkan semula dalam bentuk yang lebih mudah. Penyoalan digunakan untuk membantu guru mengenal pasti di mana kelemahan dan kesilapan seseorang pelajar.
Contohnya guru boleh memberikan persamaan serentak seperti berikut:
Y= -3x+4
Y=x+3
Cari nilai x dan Y
Beri arahan kepada pelajar untuk membincangkan cara-cara mendapatkan nilai bagi
x dan Y, dan tanyakan kepada mereka kenapa pemilihan cara penyelesaian dibuat sebegitu rupa.
G. MERANGSANG PEMIKIRAN DAN AKTIVITI MENTAL PELAJAR
Menyoal boleh merangsang pemikiran dan aktiviti kognitif. Apabila guru menyoal soalan yang tertentu, beliau boleh menggalakkan aktiviti-aktiviti daripada mengingati fakta hingga kepada analisis, dan sintesis atau penilaian sesuatu pengetahuan. Penyoalan sering kali digunakan untuk menggalakkan pelajar memberi perhatian semasa proses pengajaran dijalankan.
|