Mudahnya Membuat Tulisan Jawi Secara Dalam Talian

Mudahnya Membuat Tulisan Jawi Secara Dalam Talian

Share this post

Tulisan jawi sering digunakan oleh ustaz dan ustazah di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja pada buku tetapi dalam pengajaran dan membuat kertas peperiksaan. Oleh itu, terdapat cara yang mudah untuk membuat tulisan jawi tanpa menggunakan Keyboard Arabic dimana anda boleh membuat secara dalam talian.

Berikut merupakan cara membuat tulisan jawi tanpa menggunakan keyboard arabic di Microsoft Office PowerPoint:

  1. Taip e-jawi.net di carian google.
  2. Tekan Teknik Transliterasi dan pilih Transliterasi Kamus.
  3. Tulis ayat yang anda ingin terjemahkan dalam tulisan jawi.
  4. Kemudian tekan To Jawi.
  5. Highlight perkataan jawi, kemudian klik kanan pada tetikus dan pilih copy.
  6. Buka aplikasi PowerPoint dan pilih Blank document.
  7. Klik kanan pada tetikus dan pilih paste pada slide.
  8. Seterusnya anda boleh mengubah warna dan saiz fon.
  9. Sekiranya anda ingin memasukkan gambar. Tekan Insert dan pilih pictures (gambar yang disimpan dalam komputer) atau online pictures (gambar pada talian).
  10. Taip dan pilih gambar yang bersesuaian.
  11. Setelah pilih gambar. Tekan Insert.
  12. Tekan send backward sekiranya anda ingin menjadikan gambar sebagai latar belakang.
  13. Laraskan gambar dengan huruf.

Tag Tulisan Jawi

Jawikan ayat di bawah "Senang nak pandai"

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson