Model Bar (Part-Part-Whole)
Model bar merupakan satu kaedah penyelesaian masalah heurestik secara visual yang direka oleh Kementerian Pendidikan Singapura pada tahun-tahun 1980-an. Dalam model bar, bar dalam bentuk segi empat tepat melintang akan digunakan untuk mewakili masalah dan lokasi bar – bar ini akan menunjukkan hubungan antara kuantiti. Model bar menekankan teknik visualisasi dengan memindahkan maklumat dan konsep soalan kepada pada bentuk visual. Teknik visualisasi ini membantu murid untuk menguasai pemahaman konseptual dengan lebih baik1. Terdapat tiga jenis model bar yang diketengahkan iaitu part-part-whole, comparison, dan equal parts. Contoh model bar (part-part-whole) yang mudah:
Rajah 1: Model bar (Part-Part-Whole) digunakan untuk menyelesaikan soalan di atas. Soalan penyelesaian masalah diterjemahkan kepada visualisasi bagi memudahkan murid memahami soalan sekaligus menyelesaikannya.
|
Dalam Rajah 1 jumlah jualan bagi tahun 2020 oleh Mak Cik Kiah adalah sebanyak RM26 000 manakala jumlah jualan bagi tahun 2021 oleh Mak Cik Kiah adalah sebanyak RM27 008. Dengan menggunakan model bar (Part-Part-Whole), konsep dan informasi dalam soalan diterjemahkan dalam bentuk visual. Teknik visualisasi ini membantu murid sekolah rendah menterjemahkan soalan – soalan penyelesaian masalah pelbagai aras ke dalam bentuk visualisasi.
Untuk mengimplementasikan model bar (Part-Part-Whole) di dalam bilik darjah, strategi CUBES boleh dilaksanakan.
Strategi Cubes
Strategi CUBES meliputi C – Bulatkan nombor-nombor penting, U – Gariskan kehendak soalan, B – Petakkan operasi matematik yang terlibat, E – Lakukan penilaian dan mula melukis, dan S – Selesaikan dan semak.
Langkah 1 – (C) Bulatkan nombor – nombor penting
Langkah 2 – (U) Gariskan kehendak soalan
Langkah 3 – (B) – Petakkan operasi matematik yang terlibat
Langkah 4 – (E) Lakukan penilaian dan mula melukis
Langkah 5 – (S) Selesaikan dan semak.
Guru perlu membimbing murid untuk memindahkan maklumat kepada model bar dalam bentuk part-part-whole. Dengan menggunakan visualisasi, murid akan dapat memahami operasi matematik yang diperlukan. Untuk menyemak pula, guru boleh mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi mencari penyelesaian bagi soalan tersebut. Jika jawapan yang diperoleh adalah sama, maka langkah penyelesaian menggunakan model bar tadi adalah betul.
Rujukan:
- https://www.iejme.com/article/enhancing-students-mathematical-problem-solving-skills-through-bar-model-visualisation-technique-3919
- https://eric.ed.gov/?id=EJ1259982
- https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0731948717690116
|