Menjalankan Pengajaran Bersama yang berkesan

Menjalankan Pengajaran Bersama yang berkesan

Share this post

Pengajaran bersama bermaksud terdapat lebih daripada satu guru di dalam kelas dan pengajaran pelajaran dilakukan bersama oleh kedua-dua guru. Biasanya, seorang guru adalah pakar dengan kepakaran dalam bidang tertentu dan yang lain adalah guru biasa. Model pengajaran bersama sangat bergantung pada kandungan kelas, keperluan pelajar, gaya setiap guru, kerana setiap kelas sama sekali berbeza.

Dalam situasi pengajaran bersama yang ideal, semua guru adalah sama pentingnya. Mereka merancang pengajaran bersama, membuat dan menilai pelajaran secara bekerjasama, melaksanakan tugas mengajar dengan adil, dan berkongsi tanggungjawab untuk semua pelajar walaupun rakan guru memberi tumpuan kepada sub-kumpulan tertentu. Dalam situasi pengajaran bersama yang paling berkesan, pelajar tidak dapat mengetahui guru mana yang seharusnya mengajar mereka kerana semua guru bekerja dengan semua pelajar.

Berikut merupakan 4 cara menjadi rakan sekerja yang berjaya:

1. Komunikasi

Membuat perbincangan dengan guru yang bekerja bersama sebelum memasuki kelas dan memutuskan siapa yang akan melaksanakan tugas setiap bahagian pelajaran.

Seperti membincangkan keperluan masing-masing dari segi masa, hasil pembelajaran dan lain-lain. Dimana apabila anda dan rakan guru anda masuk ke kelas, masing-masing tahu apa yang harus dilakukan tanpa mengambil waktu kelas untuk membuat perbincangan.

Komunikasi yang kerap dengan guru lain adalah satu-satunya faktor terpenting untuk memastikan situasi pengajaran bersama berjaya.

2. Kedudukan dan Status di Bilik Darjah

Semasa mengajar bersama, adalah mustahak bagi guru yang memasuki bilik darjah mempunyai status yang sama dengan rakan guru untuk dilihat oleh pelajar. Rakan guru tidak boleh berdiri di belakang bilik darjah atau terus duduk di sebelah pelajar sepanjang masa.

Dimana ia akan memberi kesan bahawa tiada kewujudan kepada rakan guru tersebut kerana semua perhatian akan tertumpu pada guru di bahagian hadapan kelas. Maka, guru harus bekerjasama untuk memastikan semua aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar.

3. Bekerjasama dengan pelajar

Dengan membantu semua pelajar di dalam kelas, guru-guru tidak akan rasa perbezaan antara mereka. Pada masa yang sama, pelajar akan melihat bahawa rakan guru adalah guru yang sama seperti guru mata pelajaran mereka.

Ia akan memupuk komuniti bilik darjah yang lebih positif dan meningkatkan pembelajaran untuk semua orang. Kerjasama guru juga adalah faktor terpenting dalam memastikan pertumbuhan bagi semua pelajar, bukan hanya pelajar ditugaskan kepada seorang guru.

4. Pelaksanaan Pelajaran

Pengajaran bersama adalah sama-sama berkongsi dalam pelaksanaan pelajaran dengan melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Dimana guru-guru membahagikan tugas dan setiap daripada mereka mempunyai kaitan tugas  untuk setiap bahagian pelajaran. Ini bermaksud merancang pelajaran bersama-sama dan memutuskan siapa yang akan mengajar bahagian pelajaran, dan kemudian bersama-sama membuat penilaian kerja pelajar.

Sebagai contoh, salah seorang daripada guru memberi penerangan atau mengajar, malah guru yang lain menulis di papan putih atau mengedarkan kertas. Sekiranya pelajar meminta bantuan atau mempunyai soalan, guru akan dibahagikan untuk membantu setiap pelajar.

Tag Bilik Darjah

Bagaimanakah pendekatan anda dalam menjalankan pengajaran bersama?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson