Menggunakan Microsoft Word Untuk Tajuk Pepenjuru Bentuk 2 Dimensi

Menggunakan Microsoft Word Untuk Tajuk Pepenjuru Bentuk 2 Dimensi

Topik 2 Dimensi

Topik 2 dimensi merupakan salah satu sub topik yang dimasukkan di bawah geometri dan sudah mula diajarkan kepada murid – murid sekolah rendah sejak tahap 1. Dalam sub topik ini, murid – murid akan mengenali ciri – ciri yang ada pada setiap jenis bentuk 2 dimensi meliputi bilangan sisi, bilangan bucu, bilangan pepenjuru, paksi simetri dan jenis – jenis sudut pada bentuk 2 dimensi tersebut. Malah, bentuk 2 dimensi yang perlu dipelajari oleh murid juga bukan hanya kesemua jenis segi tiga dan segi empat, mereka sudah diajarkan bentuk – bentuk seperti pentagon, heksagon, heptagon, oktagon, nonagon, dan dekagon. Untuk itu, bagaimanakah guru dapat membantu murid untuk mempelajai dan mengenali bentuk – bentuk ini dengan lebih berkesan? Penggunaan Microsoft Word sebenarnya boleh digunakan secara kreatif bagi membantu murid mempelajari bentuk – bentuk 2 dimensi. Hal ini kerana Microsoft Word merupakan perisian komputer yang paling asas yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh hal yang demikian, pengintegrasian kemahiran TMK ini bukan sahaja membangunkan aspek kognitif murid dalam topik geometri, malah merangkumi elemen merentas kurikulum iaitu kemahiran TMK. 

 

Microsoft Word dan Bentuk 2 Dimensi

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam Makmal Komputer atau Bilik Komputer di sekolah mahupun secara PdPr di rumah masing – masing. Jika dilaksanakan secara PdPr, guru harus memberikan bimbingan dan penerangan secara jelas. Sebelum murid menjalankan aktiviti ini, murid sudah pun mempelajari tentang benTuk – bentuk 2 dimensi. 

 

Rajah 1: Senarai bentuk – bentuk 2 dimensi yang diajarkan di sekolah rendah.

 

Setelah murid diajar tentang bentuk – bentuk 2 dimensi, bimbing murid untuk menggunakan perisian Microsoft Word. Perisian ini merupakan perisian lazim yang biasa terdapat pada setiap komputer. Jadi, adalah jelas bahawa amat mudah untuk mengintegrasikan topik ini dengan menggunakan perisian yang sudah tersedia di dalam setiap komputer di setiap rumah. Guru boleh memulakan aktiviti ini dengan memperkenalkan ciri Insert untuk memasukkan rajah bentuk – bentuk 2 dimensi. 

Rajah 2: Cara memasukkan rajah bentuk 2 dimensi

 

Pepenjuru dalam Bentuk 2 Dimensi

Pilih Insert > Shapes dan pilih mana – mana bentuk 2 dimensi yang telah diajar dari Rajah 1. Setelah murid pilih bentuk 2 dimensi yang dikehendaki oleh mereka, bimbing murid menyambungkan setiap bucu dengan satu garis lurus. Garisan lurus yang menghubungkan dua penjuru yang bertentangan adalah pepenjuru. Berikut merupakan langkah – langkah dalam menggunakan perisian Microsoft Word bagi membimbing murid untuk memahami konsep pepenjuru dalam bentuk 2 dimensi.

 

Rajah 3: Sambungkan dua penjuru bertentangan dengan menggunakan lines.

 

Rajah 4: Sambungkan kesemua penjuru bertentangan.

 

Rajah 5: Labelkan setiap garisan dengan abjad. 

 

Rajah 6: Garisan tidak boleh berulang. Potong label yang berulang. Misalnya, label a dan h adalah pada garisan lurus yang sama, pilih satu label sahaja

 

Rajah 7: Bilang garisan lurus yang menghubungkan setiap penjuru dan tidak berulang. 

 

Jika murid dibimbing untuk mengikuti setiap langkah daripada Rajah 3 hingga Rajah 7, mereka akan memahami konsep pepenjuru dalam bentuk 2 dimensi secara hands-on.

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson