.png)
Mendidik Murid-Murd Tentang Virus HIV dan Penyakit AIDS
Fakta Asas HIV Murid perlu memahami mengapa dan bagaimana AIDS boleh mempengaruhi mereka, HIV/AIDS merupakan masalah kesihatan yang serius dan mengancam nyawa tanpa mengira lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti HIV tanpa mengira umur, jantina, mahupun status ekonomi. HIV merupakan singkatan kepada Human Immuno-defeciency Virus. HIV merupakan virus yang menyebabkan AIDS. AIDS pula merujuk kepada Acquired Immune Deficiency Syndrome. Jika seseorang yang sudah dijangkiti virus HIV, sistem imun tubuh individu tersebut akan diserang dengan virus HIV yang akan membawa kepada AIDS jika tidak dirawat dan seterusnya membawa maut. Mengikut kajian, seseorang individu yang telah dijangkiti virus HIV mungkin tidak mengetahui bahawa mereka telah dijangkiti virus berkenaan jika ujian darah tidak dilaksanakan. 25 hingga 50 peratus orang yang telah dijangkiti virus HIV akan mengalami AIDS dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas jangkitan jika tidak dirawat.
Bagaimanakah Seseorang Boleh DIjangkiti dengan Virus HIV? Perbuatan – perbuatan tertentu boleh menyebabkan seseorang dijangkiti HIV. Hal ini termasuklah tingkah laku seks yang tidak bertanggungjawab atau melakukan persetubuhan tanpa perlindungan (enggan memakain kondom), menyuntik dadah dengan berkongsi jarum, atau mengadakan persetubuhan dengan banyak pasangan. Permainan Mitos dan Fakta Guru perlu mengenal pasti tahap kematangan dan usia kumpulan murid mereka sebelum menjalankan aktiviti permainan mitos dan fakta ini. Terdapat soalan yang sesuai diutarakan kepada murid sekolah rendah, namun terdapat juga soalan – soalan yang dianggap tidak sesuai untuk murid sekolah rendah. Permainan mitos dan fakta ini boleh dijalankan didalam kelas dan murid dibekalkan dengan lembaran kerja yang mengandungi permainan ini.
Guru juga boleh menjalankan aktiviti ini sebagai aktiviti kelas. Guru boleh menayangkan permainan ini menggunakan projektor yang dipancarkan pada skrin dan murid sama – sama bermain permainan ini. Jika aktiviti dijalankan secara PdPr, pembelajaran kendiri boleh dilaksanakan. Guru boleh memindahkan permainan mitos dan fakta ini ke dalam bentuk dalam talian.
Rujukan:
|
Start your first discussion