Menceriakan Mini Perpustakaan Bilik Darjah

Menceriakan Mini Perpustakaan Bilik Darjah

Menubuhkan perpustakaan mini di dalam kelas yang menyeronokkan, menarik dan selesa membantu pelajar bersemangat untuk membaca dan menyokong pengajaran literasi. Mini perpustakaan kelas yang lengkap berfungsi sebagai tempat pelajar berinteraksi dengan buku, dan mendedahkan pelajar belajar tentang buku dan karya penulis. Berikut merupakan kaedah untuk menjadikan mini perpustakaan kelas anda sebagai ruang yang paling istimewa di dalam kelas:

1. Mewujudkan suasana yang ajaib.

Jadikan perpustakaan bilik darjah anda sebagai tempat yang menarik dan selesa untuk pelajar anda menggunakan buku yang bagus. Sediakan tempat duduk yang selesa seperti kerusi beg kacang atau salah satu daripada versi DIY, permaidani lembut dan lampu. Selain itu, sekiranya bersesuaian sediakan bakul fon kepala yang menghalang kebisingan supaya pelajar dapat memberi tumpuan semasa membaca. Yang paling penting, buat sistem yang teratur untuk memudahkan pelajar mencari salah satu kegemaran mereka atau sesuatu yang baru supaya mereka dapat menghabiskan masa dengan membaca.


2. Menyesuaikan koleksi mini perpustakaan anda.

Setiap pelajar mempunyai pelbagai minat. Mengenal pasti pilihan kegemaran pelajar anda dengan membuat tinjauan ringkas. Pastikan anda memasukkan pelbagai buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam koleksi mini perpustakaan anda, bersama dengan pelbagai genre dan pengarang. Membuat sedikit pelaburan atau meminjam buku daripada perpustakaan sekolah dan mengumpulkan buku-buku yang popular untuk kelas anda supaya mereka dapat membaca bersama dengan rakan mereka.

3. Kepelbagaian buku.

Pelajar banyak belajar tentang dunia melalui buku, termasuk kepelbagaian jenis manusia. Dunia adalah tempat yang pelbagai dan sangat penting bagi pelajar untuk membaca buku yang mencerminkan kehidupan, keluarga, komuniti, dan budaya mereka. Membuat mini perpustakaan kelas yang lebih adil dan kepelbagaian merangkumi pelbagai kaum, bahasa, geografi, struktur keluarga, dan banyak lagi.


4. Pastikan sentiasa dikemaskini dan teratur.

Kemaskini bakul buku yang berada di dalam mini perpustakaan kelas untuk memastikan perpustakaan anda sentiasa mempunyai buku yang berlainan tajuk. Menyusun semula buku ke dalam kategori yang berbeza. Cuba kumpulkan buku mengikut topik dan serta genre yang berbeza. Sebagai contoh, menyediakan bakul yang berlabel "baseball" dan sertakan biografi pemain terkenal, cerita fiksyen yang berkisah permainan, dan buku bukan fiksyen yang menceritakan sejarah permainan. Pelajar cenderung untuk tertarik kepada seksyen yang sama setiap kali pergi ke mini perpustakan. Dengan mencampurkannya sekali-sekala, pelajar dapat mencari buku yang belum pernah mereka lihat atau baca sebelum ini.


5. Suasana yang ceria dan gembira.

Mengubahsuai seksyen mini perpustakaan anda untuk memberi kegembiraan kepada pelajar. Seperti contoh, membuat atau menyediakan batang pokok besar menggunakan kertas yang berwarna coklat yang dipintal dan pelajar akan menambah daun pada pokok tersebut setiap kali membaca buku di sana.

6. Beri peluang kepada pelajar anda untuk bersinar.

Memperkasakan pelajar anda sebagai pakar membaca. Terdapat begitu banyak cara yang menyeronokkan bagi pelajar untuk berkongsi apa yang mereka baca dan mencadangkan buku antara satu sama lain. Sediakan papan buletin bertajuk “Apa yang kita baca?” dan ruang untuk pelajar menulis tajuk pada papan tersebut. Selain itu, sediakan bakul fail kad indeks dan slip laporan berwarna-warni untuk pelajar menuliskan cadangan mereka. Kemudian, luangkan sedikit masa untuk membincangkan buku yang dibaca bersama pelajar anda.

   

7. Membawa teknologi yang tidak dijangka.

Menggunakan buku yang menggabungkan realiti maya dengan buku tradisional seperti buku yang disertakan dengan kod QR dimana membolehkan pelajar mengakses dengan menggunakan telefon pintar atau VR untuk meneroka konsep buku dengan lebih mendalam. 


8. Beri tanggungjawab kepada pelajar terhadap ruang tersebut.

Galakkan minat pelajar anda terhadap buku dengan beri mereka peluang untuk mengambil bahagian dalam mengurus mini perpustakaan kelas. Tugaskan pustakawan minggu ini atau buat jawatankuasa pencinta perpustakaan untuk memastikannya berjalan dengan lancar. Minta sukarelawan untuk menyimpan dan mengatur buku, memantau sistem daftar keluar, dan menguruskan berkenaan buku.


Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson