Mencegah Kepenatan Bekerja Dari Rumah

Mencegah Kepenatan Bekerja Dari Rumah

Share this post

Kepenatan ataupun Burnout seringkali terjadi kepada mereka yang merasakan tekanan dalam perkara yang mereka lakukan termasuklah ketika bekerja. Ketika mengalami pandemik Covid-19 ini, guru diminta untuk mengadaptasi norma baharu iaitu dengan bekerja di rumah

Persoalannya, adakah kepenatan ini hanya dirasai ketika bekerja di dalam pejabat sahaja?

Tentunya tidak. Kepenatan bekerja boleh dirasai tidak kira dimana anda berada, malah berkali ganda ketika bekerja dari rumah.

 

Apakah perasaannya mengalami kepenatan?

Ianya berbeza mengikut individu. Tidak semestinya seorang doktor sahaja mengalami kepenatan, berbagai pekerjaan lain juga merasakan kepenatan bergantung kepada tahap ketahanan diri masing-masing. Ada yang merasakan bekerja seperti membuat kerja rumah atau seperti tidak mempunyai sisa tenaga yang tinggal untuk menghabiskan 24 jam yang ada.

 

Bagaimanakah rasanya kepenatan bekerja dari rumah?

Kepenatan di rumah berbeza kerana anda mengabadikan diri dihadapan komputer anda sepanjang hari. Lebih-lebih lagi apabila anda tidak rehat dengan secukupnya apabila terpaksa menghadap kerja sepenuhnya walaupun di rumah.

 

Diharapkan segala petua untuk menghilangkan rasa kepenatan di bawah ini dapat membantu para guru ketika bekerja dari rumah.

 

1. Bangun berjalan

 

Ambil masa untuk berjalan atau sekurang-kurangnya jauh daripada kerja-kerja anda. Luangkan masa anda dalam sehari untuk bangun berjalan dan menikmati udara segar serta pemandangan di luar.

 

2. Rehat secukupnya

 

Jangan lupa untuk mengambil sedikit waktu di antara waktu sibuk anda bekerja dengan rehat secukupnya. Lakukan senaman ringan, makan, tidur seketika atau beribadah pada waktu rehat anda.

 

3. Ambil waktu cuti/rehat

 

Jangan terlalu segan untuk mengambil cuti. Cuti yang ada boleh digunakan untuk merehatkan diri anda daripada kerja-kerja yang menimbun. Rancangkan cuti rehat anda sebaiknya.

 

4. Memberi ganjaran pada diri sendiri

 

Setelah penat bekerja, pastikan anda menghadiahkan pada diri sendiri ganjaran yang hanya anda sahaja rasakan kepuasannya. Ganjaran tidak semestinya berbentuk barangan, pergilah membuat temujanji di spa untuk mendandan diri anda.

 

5. Mencari rakan bekerja dari rumah

 

Di antara kesibukan anda bekerja, luangkan masa seketika untuk berborak bersama rakan kerja yang lain. Dengan kemudahan internet yang ada pada zaman ini menyenangkan lagi anda untuk bergaul dengan sesiapa sahaja di talian.

 

6. Tukarkan waktu rehat kepada waktu bersantai

 

Pada waktu rehat, anda boleh memilih untuk bersantai bersama keluarga. Contohnya seperti minum petang sambil menikmati pandangan di luar rumah atau berkelah bersama keluarga anda.

 

7. Menjadualkan waktu memasak

 

Di antara kesibukan bekerja, pastikan anda telah menetapkan jadual waktu memasak. Ini membolehkan segala kerja rumah anda tidak juga tertangguh di dalam kesibukan bekerja.

 

8. Melakukan senaman

 

Lakukan senaman sekurang-kurangnya sekali sehari. Tidak perlu mengambil masa yang lama, cukuplah sekadar untuk mengelakkan diri anda terus terperangkap dalam kepenatan bekerja.

 

9. Bercuti

 

Rancang percutian anda sebaiknya disebalik kepenatan bekerja. Namun begitu, di dalam pandemik Covid-19 ini, ini merupakan idea yang paling terakhir yang anda perlu ambil kira.

 

10. Tangguhkan perkara yang boleh ditangguhkan

 

Jangan  terlalu memaksa diri untuk bekerja. Sekiranya kerja tersebut boleh diselesaikan pada hari lain, lakukan ia pada hari lain.

 

11. Tidak bekerja pada hujung minggu

 

Elakkan bekerja pada hujung minggu. Bekerja hanya bila perlu kerana badan dan minda anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.

 

12. Seimbangkan hubungan antara permakanan dan kesihatan

 

Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dan menjaga kesihatan anda ketika bekerja. Jangan terlalu asyik bekerja sehingga mengabaikan waktu makan anda.

 

13. Elakkan mengambil ubat untuk hilangkan stress

 

Paling penting untuk anda adalah untuk tidak mengambil ubat sampingan untuk menghilangkan stress. Terdapat banyak lagi cara dan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan stress.

 

Rujukan

How to Prevent Work From Home Burnout

 

Tag Kerja Kepenatan

Reflection

Mengapakah anda merasakan kepenatan bekerja dari rumah?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan sebab-sebab anda menghadapi kepenatan bekerja dari rumah?

Nyatakan salah satu cadangan yang boleh anda lakukan untuk mencegah kepenatan bekerja dari rumah.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson