Lesson Study (LS) Penyumbang Kepada Kecemrlangan Pengajaran Guru

Lesson Study (LS) Penyumbang Kepada Kecemrlangan Pengajaran Guru

Share this post

LATAR BELAKANG

  • Lesson Study ialah perkataan yang berasal dari bahasa Jepun iaitu ‘jugyokenkyu’. ‘’Jugyokenkyu’ merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jugyo’ bermaksud pelajaran dan ‘kenkyu’ bermaksud pengajian. 
  • LS merupakan satu program pembangunan professional guru bagi membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistejmatik dalam kalangan guru. Tujuannya ialah untuk meningkatkan potensi diri guru dan anggota kumpulan.
  • LS membolehkan guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif. Hal ini bertujuan untuk mengembangkan kualiti pengajaran guru-guru supaya dapat menghasilkan impak yang positif terhadap pembelajaran murid. 
 

CIRI-CIRI LS

Terdapat empat ciri-ciri utama LS iaitu:

  1. LS ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan secara jangka panjang. 
  2. LS berfokus kepada pembelajaran murid.
  3. LS berfokus secara langsung kepada peningkatan pengajaran dalam konteks berdasarkan kesesuaian.
  4. LS bersifat kolaboratif dalam kalangan guru.
  5. LS membantu guru yang terlibat melihat diri mereka sebagai penyumbang kepada perkembangan pengetahuan berkaitan dengan pengajaran dan perkembangan professional diri sendiri.

 

Lesson Study PLC

Gambar ini menunjukkan bagaimana LS dilaksanakan dalam bilik darjah


 

KITARAN LESSON STUDY

Langkah 1: Menentukan goal dan objektif pengajaran

Langkah 2: Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) secara kolaboratif

Langkah 3: Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru

Langkah 4: Membuat refleksi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Langkah 5:Memgubahsuai untuk menambah baik RPH

Langkah 6:Jika perlu ulang langkah-langkah 3 hingga 5

 

Berikut adalah Gambarajah Kitaran LS:

(Adaptasi: Pengenalan Lesson Study)

 

Kitaran Lesson Study PLC


 

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN LS DALAM PENGAJARAN GURU

 

Langkah 1:Membentuk kumpulan dan menentukan matlamat

  • Kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. 
  • Ketua kumpulan dan ahli-ahli guru mengkaji matlamat kurikulum dan dokumen standard kurikulum pendidikan (DSKP).
  • Selain itu ketua kumpulan dan ahli-ahli perlu membincang dan mengkaji masaalah pembelajaran murid.
  • Bincang dan menentukan matlamat yang hendak dicapai.

 

Langkah 2: Rancang dan bina RPH

  • Pilih satu tajuk yang hendak diajar dalam satu pengajaran.
  • Bincang masaalah pembelajaran murid.
  • Bincang dan rancang langkah-langkah pengajaran, strategi dan bahan bantu mengajar.
  • Jangkakan respon murid semasa proses pengajaran.
  • Bentang dan lihat semula strategi pengajaran dengan teliti.

 

Langkah 3: Pelaksaan Pengajaran

  • Seorang guru pakar sebagai pakar rujuk (PR) seperti Guru Cemerlang atau Knowledgeable Others (KO) seperti Ketua Panitia atau Ketua Bidang dijemput sebagai pemberikomen, pemerhatidan memberi cadangan untuk langkah penambahbaikan.
  • Ketua Kumpulan akan memberi taklimat ringkas mengenai skop pengajaran yang hendak dilaksanakan.
  • Guru-guru dari kumpulan-kumpulan lain boleh dijemput untuk hadir semasa pengajaran dilaksanakan.
  • Pemerhati dikehendaki mengumpul data yang berfokus kepada respon murid,tingkah laku dan perbincangan murid untuk digunakan semasa membuat refleksi.

 

Langkah 4: Refleksi

  • Refleksi pengajaran akan diketuai oleh Ketua Kumpulan.
  • Perbincangan refleksi hendaklah dikaitkan dengan matlamat LS.
  • Guru yang mengajar dijemput memberi komen dan pandangan terhadap pengajaran.
  • Guru-guru dari kumpulan lain perlu berkongsi maklumayang berfokuskan kepada pembelajaran murid, respon murid dan pelibatan murid berdasarkan eviden/bukti murid.
  • Perbincangan/komen perlu memfokuskan secara mendalam mengenaikekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan yang boleh dicadangkan dari segi hasil pembelajaran murid, isi kandungan pembelajaran dan RPH.
  • Pakar rujuk hanya berperanan sebagai moderator, mengemukakan pandangan dan cadangan dalam sesi refleksi.
  • Sesi refleksi perlu hanya bersifat professional bertujuan untuk meningkatkan pengajaran guru.
  • Segala komen dan cadangan perlu direkod dan disimpan sebagai rujukan untuk penambahbaikan RPH yang akan datang.
 

PENUTUP

Secara keseluruhannya, LS membantu guru meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar, meningkatkan pengetahuan dalam pengajaran, meningkatkan kebolehan murid untuk menguasai pembelajaran, guru menjadi lebih kompeten mengajar dalam mata pelajaran yang diajarnya dan juga membantu meningkatkan kualiti persedian mengajar.

Takashi dan Yoshida, 2004 ada menyatakan bahawa ‘Effective Lesson Study can have a long impact on students’ learning since well-prepared classroom practitioners who have a shared strong understanding of subject content knowledge and pedagogy can produce better results.”

Justeru, guru-guru yang mengaplikasikan LS secara konsisten, bersistematik dan teratur dalam pengajaran akan dapat  menghasilkan impak yang berkesan kepada hasil pembelajaran murid. Dengan itu, jelaslah LS boleh menyumbang kepada kecemerlangan pengajaran guru.

 

***Guru-guru mata pelajaran boleh melihat Contoh Lesson Study Sains dari YouTube Cikgu Hailmi 20 April 2014 untuk mendapatkan gambaran jelas tentang pelaksanaan LS dalam bilik darjah.

 

 

Rujukan:

  1. http://www.ipbl.edu.my\
  2. Lesson Study di Malaysia-Cikgu Hailmi https://www/cikguhailmi.com

 

Tag

Reflection

Bagaimana anda melaksanakan LS di kelas?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Senaraikan langkah-langkah LS dalam pengajaran guru yang anda ketahui?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berapakah langkah kitaran yang terdapat dalam LS yang telah dikongsikan ini?

Huraikan secara ringkas teknik mengajar menggunakan LS yang telah dikongsikan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson