Langkah Pelaksanaan Inkuiri

Langkah Pelaksanaan Inkuiri

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

LANGKAH PELAKSANAAN INKUIRI

 

Pelaksanaan Inkuiri ketika pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh dilakukan mengikut langkah-langkah berikut:

 

 

A. SEBELUM

 

  • Mengenal pasti isu/topik/persoalan, jenis inkuiri dan sumber maklumat yang boleh dijadikan bahan rujukan.
  • Menyesuaikan jenis Inkuiri dengan topik yang bakal diajar.
  • Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid.
  • Merancang masa yang diperlukan.
  • Menentukan alat bantu mengajar, set induksi dan objektif serta hasil pembelajaran.
  • Mereka bentuk aktiviti Inkuiri dan merangka pentaksiran.

 

 

B. SEMASA

 

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk membangkitkan rasa ingin tahu.
  • Melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah dan menghasilkan produk.
  • Mengumpul dan merekod data/maklumat yang diperolehi.
  • Menganalisis dan mentafsir data/maklumat.
  • Berkongsi dapatan dalam pelbagai bentuk media dan berupaya membuat justifikasi tentang dapatan.
  • Bersedia menerima pandangan daripada orang lain terhadap hasil dapatan.
  • Berusaha mempertahankan idea dan dapatan masing-masing.
  • Membuat rumusan.
  • Menambah baik penyelidikan.
  • Melaksanakan pentaksiran secara berterusan.

 

 

C. SELEPAS

 

  • Guru mentaksir hasil kerja penyelidikan dalam bentuk laporan, portfolio atau tugasan lain.

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri Pelaksanaan Langkah

Reflection

Apakah anda faham tentang Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Mentaksir hasil kerja penyelidikan dalam bentuk laporan, portfolio atau tugasan lain merupakan tugas guru ketika?

Nyatakan satu (1) langkah yang perlu dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson