Kepentingan Menjawab Soalan dalam Ayat Lengkap

Kepentingan Menjawab Soalan dalam Ayat Lengkap

Share this post

 

Kebanyakan pelajar sekolah merasakan bahawa dengan menulis dapat membantu mereka untuk menjana idea. Tetapi untuk melakukannya secara efektif, pelajar seharusnya memahami elemen penting dalam penulisan yang baik. Ia bermula dengan struktur ayat dan bahasa yang tidak jelas yang mudah difahami oleh pembaca.

 

Kebanyakan pelajar juga merasakan perbuatan menulis ini adalah leceh. Oleh itu, mereka sering bergantung harap pada jawapan yang hanya memenuhi kehendak soalan sahaja. Contohnya, dalam sesi pengenalan pada awal tahun persekolahan, anda bolehlah meminta pelajar anda untuk menyenaraikan beberapa jawapan kepada soalan yang diajukan.

  • Apakah makanan kegemaran kamu?
  • Apakah jenis haiwan kesukaan kamu?
  • Apakah warna kegemaran kamu?

Maka, tanpa arahan jawapan yang mungkin akan dikembalikan kepada anda adalah seperti nasi goreng, kucing dan ungu.

 

 

MENERANGKAN KEPENTINGAN

 

Sekarang anda boleh menunjukkan cara bagaimana jawapan tersebut boleh membawa maksud berlainan daripada apa yang penulis inginkan. Contohnya, nasi goreng boleh menjadi jawapan kepada pelbagai lagi soalan, seperti:

  • Apa yang anda makan pada waktu tengah hari?
  • Apakah makanan yang anda tidak gemari?
  • Apakah makanan yang ibu anda tidak pernah beri?

 

Ajarkan pelajar untuk menjawab soalan dalam ayat lengkap untuk memberikan jawapan yang terperinci dan tepat. Tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk menggunakan kata kunci dalam soalan dalam menunjukkan jawapan. Guru seringkali menggunakan teknik ini sebagai ‘meletakkan soalan dalam jawapan’ atau ‘menggunakan semula soalan’.

 

Contohnya, perkataan seperti nasi goreng apabila menjadi ayat lengkap akan menjadi “Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.”

 

 

TUNJUKKAN PROSES MENJAWAB

 

1. Tuliskan soalan pada papan putih atau projektor untuk membolehkan pelajar untuk melihatnya. Mulakan dengan soalan mudah seperti “Apakah nama sekolah ini?” Pastikan pelajar memahami soalan. Pelajar sekolah rendah perlu diberikan penjelasan, manakala pelajar yang lebih matang pasti memahami terus soalan seperti ini.

 

2. Kemudian, minta pelakar anda untuk menyenaraikan kata kunci perkataan dalam soalan tersebut. Anda boleh membantu pelajar anda dengan bertanya tentang apa yang mereka fikirkan jawapan yang sepatutnya diberikan. Dalam kes ini, ianya adalah “nama sekolah ini”.

 

3. Sekarang tunjukkan cara untuk menjawab soalan dalam ayat lengkap. Anda boleh menggunakan kata kunci yang didapati dalam soalan. Contohnya, “Nama sekolah ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Petaling.” Pastikan anda menggaris “Nama sekolah ini” dalam soalan.

 

4. Seterusnya, minta pelajar untuk mengemukakan beberapa soalan. Tugaskan seorang pelajar untuk menulis soalan pada papan putih dan seorang pelajar lagi untuk menggariskan kata kunci dalam soalan. Kemudian, minta seorang pelajar lagi untuk menjawab soalan dalam ayat lengkap. Apabila pelajar sudah selesa bekerja dalam kumpulan, pasti mereka akan berasa selesa untuk menulis jawapan dalam ayat lengkap atau mengemukakan soalan pada diri mereka sendiri.

 

 

PRAKTIS MENJADIKANNYA SEMPURNA

 

Anda boleh menggunakan contoh-contoh di bawah ini sebagai panduan kepada pelajar anda supaya mereka terbiasa menjawab soalan seperti ini.

 

  • Apakah perkara yang anda suka lakukan?

Jawapan: Perkara yang saya suka lakukan ialah…

 

  • Siapakah hero anda?

Hero saya ialah…

 

  • Mengapakah anda suka membaca?

Saya suka membaca kerana…

 

  • Siapakah orang terpenting dalam hidup anda?

Orang terpenting dalam hidup saya ialah…

 

  • Apakah mata pelajaran kesukaan anda?

Mata pelajaran kesukaan saya ialah…

 

  • Apakah nama buku yang anda suka baca?

Buku yang saya suka baca adalah…

 

 

Rujukan

The Importance of Answering Questions in Complete Sentences

 

Tag Soalan Pembelajaran Kepentingan Jawapan

Reflection

Mengapakah pada pendapat anda, adalah sangat penting untuk menjawab soalan dalam ayat lengkap?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan amalan yang perlu dilakukan untuk menjawab soalan lengkap?

Berikan satu (1) contoh soalan dan jawapan dalam ayat lengkap.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson