1. Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KBAT ataupun HOTS ini merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
2. Tujuan Menyoal
- Menilai pengetahuan sedia ada
- Menimbulkan minat
- Membina pemahaman
- Membina sikap dan penghayatan
- Mengukuhkan pembelajaran
- Merangsang pemikiran kritikal
- Menilai pembelajaran dan kemajuan murid
- Menjelaskan pemikiran
- Mencari sebab atau penjelasan
- Meneroka pandangan alternatif
- Menguji implikasi dan akibat
3. Soalan yang Berkesan
Menurut Art Costs and Bena Kallick, soalan yang berkesan adalah:
- Mempunyai Matlamat: Untuk mencapai tujuan yang tertentu.
- Jelas: Memahami apa yang dimaksudkan.
- Ringkas: Dinyatakan dalam hanya beberapa perkataan.
- Provokasi: Merangsang pemikiran dan tindak balas murid.
- Soal Siasat: Mengikut urutan dan terperinci
- Skop Terhad: Soalan yang bercapah akan mengelirukan.
- Tahap Kelas: Disesuaikan mengikut tahap yang wajar dan berbeza.
4. Amalan yang Baik untuk Guru-Guru
- Soalan yang disediakan perlulah:
- Dirancang dengan baik
- Logik dan mengikut urutan
- Ditujukan kepada keseluruhan kelas
- Memberi masa untuk murid berfikir
- Fakta dan pemikiran yang seimbang
- Tidak berulang
- Ditanya dalam bentuk nada perbualan
- Direka untuk mendapatkan maklum balas
5. Membina Soalan
Menurut kajian oleh Karron G Lewis – Center for Teaching Effectiveness, University of Texas:
- Guru menggunakan lebih 70% soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka.
- Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam ujian dan peperiksaan.
- Dalam buku teks, kebanyakan soalan adalah jenis ingatan dan fakta.
6. Membangunkan Kemahiran Menyoal Guru
- Merancang soalan anda terlebih dahulu
- Bersedia bertanyakan soalan lanjutan
- Tentukan sama ada soalan itu ditujukan kepada individu, kumpulan atau keseluruhan kelas
- Berikan pelajar masa untuk berfikir
- Seimbangkan fakta dan pemikiran
- Bertanya dalam nada perbualan
- Soalan yang direka mestilah mendapat maklum balas yang berterusan.
- Dilarang bertanyakan soalan secara peribadi
- Berharap murid menimbulkan lebih banyak soalan jenis lisan dan bertulis
- Menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa dalam perbincangan
- Menerima soalan apabila dikemukakan
- Berikan masa untuk membuat susulan kepada soalan murid
- Mengumpul, menyatakan kategori dan membincangkan soalan murid
7. Contoh Soalan-Soalan yang Menerangkan Pemikiran
- Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut…?
- Apakah yang kamu maksudkan dengan…?
- Bolehkah berikan saya satu contoh…?
- Bolehkah anda menjelaskan dengan cara lain…?
- Bolehkah tunjukkan kepada saya…?
8. Contoh Soalan-Soalan untuk Mencari Sebab dan Penjelasan
- Mengapakah anda berfikir bahawa…?
- Bagaimanakah kita tahu bahawa…?
- Apakah sebab-sebab anda…?
- Apakah bukti yang kita ada untuk…?
- Kenapakah anda mengatakan sedemikian…?
9. Contoh Soalan-Soalan yang Meneroka Pandangan Alternatif
- Bolehkah anda meletakkannya dalam cara yang lain?
- Adakah anda mempunyai pandangan yang lain…?
- Sekiranya terdapat mereka memberikan cadangan…?
- Apakah yang kita perlu tahu sekiranya…?
10. Contoh Soalan-Soalan yang Menguji Implikasi dan Akibat
- Apakah yang akan menyokong pendapat anda?
- Adakah ini bersesuaian dengan yang dinyatakan sebelum ini?
- Apakah akibat daripada…?
- Adakah terdapat panduan untuk…?
- Bagaimanakah anda menguji sama ada perkara itu benar atau tidak?
11. Tindakbalas Terhadap Soalan
- Menganalisis Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan…?
- Menyusun Soalan: Adakah anda menyatakan bahawa…?
- Menyoal Murid Semula: Apakah pendapat anda sekiranya…?
- Bertanyakan Soalan Sokongan: Bolehkah sekiranya…?
- Memberi Senarai Kemungkinan: Mungkinkah sekiranya…?
12. Masa Menunggu
- Apabila menyoal murid, pastikan anda sebagai guru memberikan mereka masa untuk berfikir. Purata masa menunggu guru adalah 1 saat. Tempoh masa ini adalah di antara masa guru bertanya soalan dan masa meminta pelajar menjawab. Masa yang diberikan ini adalah sangat penting untuk perkembangan proses pemikiran aras tinggi.
13. Kesan/Impak Menambah Masa Menunggu
Untuk murid:
- Murid akan kerap bertanyakan soalan.
- Murid dapat menjawab dengan yakin dan lengkap.
- Jawapan murid lebih panjang dan teratur.
- Murid akan berfikir secara spekulasi.
Untuk guru:
- Mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar dan berfikir respon murid.
- Jangkaan terhadap respon murid juga akan berubah.
- Guru dapat menyediakan variasi teknik penyoalan.
- Mewujudkan suasana yang kondusif.
Rujukan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
|