KONSTRUKTIVISME
- Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
- Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
- Pandangan tentang cara manusia belajar.
- Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
- Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.
KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) SECARA KONSTRUKTIVISME
1. Lebih Berfikir
Ketika membina pengetahuan baru, murid akan terdorong untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam pelbagai cabaran dan kemungkinan. Contohnya, murid akan lebih berfikir ketika mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan kesimpulan melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan.
2. Lebih Memahami
Murid lebih memahami tentang sesuatu idea dan konsep dengan lebih jelas lebih-lebih lagi apabila melibatkan diri dalam pembinaan pengetahuan baru. Murid yang memahami pengetahuan baru akan terus mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi dan kehidupan baru.
3. Lebih Mengingati
Murid akan lebih mengingati konsep lama setelah memahami sesuatu konsep. Ini kerana mereka terlibat secara aktif falam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang diterima untuk membentuk pengetahuan baru.
4. Lebih Yakin
Murid akan lebih yakin kepada diri sendiri dan menjadi berani untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi dan kehidupan baru. Ini terjadi apabila mereka diberi peluang membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.
5. Lebih Berkemahiran Sosial
Murid boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi apa-apa cabaran dan masalah apabila mereka berkemahiran sosial. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila mereka berinteraksi sosial dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
6. Lebih Seronok
Murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif dalam PdP secara konstruktivisme ini. Oleh itu, mereka akan lebih yakin, lebih faham, malah lebih seronok untuk terus belajar walaupun menghadapi masalah dan cabaran sepanjang kehidupan mereka.
Rujukan
Konstruktivisme
|