Kaedah Sumbang Saran Dalam Pembelajaran Abad Ke-21
|
PENGENALAN Pembelajaran Abad ke-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan murid terlibat dalam 5C iaitu cooperative, coolaborative, communication, creative dan critical serta aplikasi nilai murni dan etika. Terdapat pelbagai jenis pembelajaran dalam abad ke-21 yang mempunyai elemen 5C. Antaranya ialah pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan projek. Sumbang saran adalah satu kaedah yang boleh digunakan dalam jenis pembelajaran tersebut. DEFINISI SUMBANG SARAN Sumbang saran boleh juga dikenali sebagai percambahan fikiran yang dilaksanakan dalam sesi perbincangan. Kaedah ini bertujuan untuk menggalakkan setiap murid dalam setiap kumpulan menymbangkan idea dan pendapat. Kaedah ini sesuai khususnya untuk mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topic dalam masa yang pendek. Kaedah ini boleh diguna pakai oleh semua tahap murid dalam semua suasana pengajaran. Kaedah ini juga menekankan murid untuk mengeluarkan idea yang berbentuk kreatif. TUJUAN SUMBANG SARAN Sumbang saran mempunyai beberapa tujuan. Antara tujuannya ialah untuk:
PRINSIP-PRINSIP SUMBANG SARAN: Sumbang saran mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini perlu diikuti jika guru hendak melaksanakan kaedah tersebut dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
KAEDAH PELAKSANAAN SUMBANG SARAN Sumbang saran boleh dilaksanakan melalui kaedah seperti berikut:
CONTOH AKTIVITI SUMBANG SARAN 1.The Perfect Card Satu soalan atau tajuk diberikan. Setiap kumpulan diberikan satu kad. Setiap individu dalam kumpulan menulis satu idea dan orang seterusnya boleh menambah idea baru, memperbaiki atau mempersoal idea yang ada. Kemudian hasilnya akan dibentangkan kepada kelas.
2.Round Table Murid diberikan kertas. Soalan atau tajuk diberikan dan murid menulis idea mereka di atas sekeping kertas dan serahkan kertas kepada orang seterusnya dalam kumpulan.
3.Concept Maps Dalam kumpulan, murid-murid membuat satu peta konsep berkaitan tajuk atau soalan yang guru berikan. NOTA: (Contoh Aktiviti Sumbang Saran di atas telah diekstrak daripada Aktiviti Sumbang Saran Dalam Bilik Darjah) mudahmengajar.blogspot.com KESIMPULAN Secara amnya, matlamat utama sumbang saran ialah untuk menghimpunkan idea yang sangat bernas dan bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan. Selain itu, idea-idea ahli kumpulan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang selama ini tidak ada jalan untuk menyelesaikannya. Perkara yang paling penting dalam aktiviti sumbang saran ialah murid perlu melaksanakan perbincangan secara berkumpulan. Pelaksanaan perbincangan yang menggunakan kaedah sumbang saran ini selari dengan elemen yang terdapat dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu pembelajaran berpusatkan murid.
Rujukan:
|
Start your first discussion