Kaedah Senarai Perkara Yang Harus Dilakukan untuk Guru (To-Do List)

Kaedah Senarai Perkara Yang Harus Dilakukan untuk Guru (To-Do List)

'Pengajaran' dan 'senarai tugas yang harus dilakukan’ tidak boleh dipisahkan bagi seorang guru. Setiap hari, perkara yang harus dilakukan oleh guru akan bertambah. Maka, untuk mengelakkan daripada lupa dan menjadikannya sistematik. Buat senarai tugas mengikut kepentingannya bagi memudahkan kerja apa yang harus dilakukan terlebih dahulu.

Berikut merupakan kaedah untuk membuat senarai tugas oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan kaedah kuadran dimana ia terbahagi kepada 4 kategori:

  1. Diperlukan Segera / Penting (Urgent / Important)
  2. Tidak Diperlukan Segera / Penting (Not Urgent / Important)
  3. Tidak Diperlukan Segera / Tidak Penting (Not Urgent / Not Important)
  4. Buku yang perlu ditanda

Dengan semua ini, anda akan mengutamakan tugas dalam format yang mudah difahami. Dimana anda boleh menggunakan papan putih dan diletakkan pada meja anda supaya mudah untuk dilihat sepanjang masa dan memudahkan anda untuk memadam tugas yang telah diselesaikan serta menambah tugasan yang baru. Berikut merupakan contoh:

Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan dapat memfokuskan pada tugas-tugas yang diperlukan segera / penting dan ini menjadikan semuanya akan lebih terkawal.

  • Kategori pertama, tugas yang diperlukan segera / penting ialah untuk perkara-perkara yang sangat diperlukan dalam beberapa hari ke depan.
  • Kategori kedua, tugas yang tidak diperlukan segera / penting adalah perkara yang tidak mempunyai tarikh akhir yang diperlukan dalam masa yang singkat tetapi ia perlu diselesaikan.
  • Kategori ketiga, tugas yang tidak diperlukan segera / tidak penting seperti “idea-idea kreatif” untuk membuat pengubahsuaian. Di mana, dalam kategori ini, guru jarang mempunyai masa untuk melaksanakannya kerana kebanyakkan guru sangat tertekan dengan tugasan yang lain.
  • Kategori terakhir, tugasan yang diperlukan untuk menanda buku pelajar atau tugasan yang telah pelajar hantar.

Oleh itu, kaedah kuadran akan mengutamakan tugas anda dengan cara yang mudah dilaksanakan. Ia sesuai untuk guru yang sibuk dengan senarai tugas yang berterusan setiap hari.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson