Kaedah Perbincangan: Perbincangan Formal dan Perbincangan Tidak Formal

Kaedah Perbincangan: Perbincangan Formal dan Perbincangan Tidak Formal

Share this post

 

KAEDAH PERBINCANGAN

 

  • Kaedah ini melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu isu, topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.

 

 

TUJUAN PERBINCANGAN

 

  • Menggalakkan perkembangan mental.
  • Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
  • Menggalakkan perkongsian pendapat.
  • Membuang sikap angkuh dan menerima pendapat orang lain.
  • Mewujudkan idea yang bernas dan berguna.
  • Menggalakan pemikiran yang rasional.
  • Menajamkan pemikiran untuk mengeluarkan pendapat dalam kumpulan.
  • Memupuk semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu di dalam kumpulan.

 

 

PELAKSANAAN SESI PERBINCANGAN

 

Sebelum

  • Guru memberikan penjelasan tentang peraturan dan tugasan perbincangan.
  • Guru atau murid mengagihkan tugas dalam kumpulan.
  • Guru membantu murid mengemudikan perbincangan.

 

Semasa

  • Guru membantu murid ketika mereka berbincang tentang pandangan atau idea.
  • Guru mengawasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
  • Guru membantu membetulkan kesilapan murid.
  • Guru memberi galakan kepada setiap ahli kumpulan untuk sama-sama mengambil bahagian.

 

Selepas

  • Guru menamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang mencukupi.
  • Hasil perbincangan boleh disusun, disunting, dan dicetak untuk diedarkan kepada semua murid.
  • Guru atau murid memberikan ulasan dan rumusan.

 

 

PRINSIP PERBINCANGAN

 

  • Mempunyai tajuk yang sesuai.
  • Menyatakan tujuan perbincangan.
  • Melantik pengerusi, pencatat dan pelapor.
  • Memastikan murid mengetahui cara perbincangan.
  • Guru sebagai fasilitator.
  • Murid perlu aktif melibatkan diri.
  • Galakkan murid untuk mencatat idea.
  • Mengadakan ulasan dan rumusan.
  • Memberi pujian dan galakaan.

 

 

JENIS-JENIS KAEDAH PERBINCANGAN

 

  • Perbincangan Formal
  • Perbincangan Tidak Formal

 

 

CONTOH-CONTOH PERBINCANGAN

 

  • Sumbang Saran
  • Seminar
  • Forum
  • Perbahasan

 

 

  1. PERBINCANGAN FORMAL

 

  • Kebiasaanya dilakukan secara perbahasan, forum atau pembentangan.

 

 

CIRI-CIRI PERBINCANGAN FORMAL

 

  • Penentuan penglibatan murid

Guru perlu menentukan bilangan murid yang akan mengambil bahagian terlebih dahulu. Contohnya semasa forum, terdapat beberapa tugasan pengerusi, pencatat dan penjaga masa.

 

  • Masa yang mencukupi

Murid diberi peluang untuk mencari bahan seperti sumber surat khabar, internet dan sebagainya dengan masa yang mencukupi.

 

  • Penglibatan keseluruhan pelajar

Walaupun hanya beberapa orang murid sahaja terlibat, guru hendaklah mencuba sedaya upaya untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti perbincangan, sekurang-kurangnya dengan mencatat maklumat.

 

  • Aktiviti susulan

Adakan aktiviti susulan selepas perbincangan. Contohnya, selepas mengadakan forum, gunakan tajuk yang sama untuk tajuk karangan atau esei.

 

  • Ulasan guru

Guru perlu memberi ulasan dan pandangan apabila sudah selesai dengan sesi perbincangan.

 

 

  1. PERBINCANGAN TIDAK FORMAL

 

  • Tidak memerlukan persiapan yang rapi seperti perbincangan formal.

 

 

CIRI-CIRI PERBINCANGAN TIDAK FORMAL

 

  • Guru selaku pengerusi

Guru menyatakan tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada murid lain untuk memberikan pandangan mereka secara bebas. Guru perlu memastikan murid yang pasif juga turut serta.

 

  • Kawalan kelas

Guru perlu mengawal kelas supaya murid tidak berebut dan bertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan perbincangan yang teratur dan berdisiplin.

 

  • Pembahagian Kumpulan

Murid juga perlu dipecahkan kepada beberapa kumpulan lain untuk membincangan sesuatu sub topik dan minta mereka melaporkan hasil perbincangan tersebut.

 

 

Rujukan

CONTOH AKTIVITI PdP

 

Tag Perbincangan Langkah Formal

Reflection

Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan kaedah perbincangan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan ciri-ciri perbincangan tidak formal?

Nyatakan satu (1) contoh perbincangan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson