Kaedah Mudah Menulis Laporan Yang Berkualiti

Share this post

Komunikasi dua hala antara ibu bapa dan guru ketika di sekolah rendah merupakan perkara yang sangat penting untuk diberi penekanan oleh guru. Hal ini kerana ibu bapa berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam kelas. Malah, komunikasi juga dapat mengelakkan daripada bermulanya perkara yang tidak diingini.

 

Namun begitu, kita haruslah bersikap realistik bahawa tiada guru yang mempunyai lebih masa untuk menulis laporan pada setiap minggu. Oleh itu, berikut merupakan kaedah mudah untuk menulis laporan berkualiti yang boleh dilakukan pada setiap minggu.

 

 

1. Berikan sehelai kertas kepada setiap pelajar di dalam kelas. Guru boleh memberikan murid pelbagai jenis kertas yang unik dan menarik. Guru juga boleh mengarahkan pelajar untuk menulis laporan berkenaan dengan kejadian yang berlaku di sekolah pada setiap minggu di buku nota. Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk menjawab laporan tersebut bagi menunjukkan tindak balas mereka terhadap laporan yang disediakan.

 

2. Gunakan projector atau papan tulis supaya pelajar dapat melihat rangka laporan yang ditulis oleh anda dengan jelas.

 

3. Semasa anda menulis, terangkan dengan betul kepada pelajar tentang cara yang paling tepat untuk menulis laporan seperti di bahagian tarikh atau ulasan.

 

4. Pastikan anda memberitahu pelajar untuk menyampaikan laporan yang disediakan kepada sesiapa sahaja yang tinggal bersama mereka, sama ada ibu, bapa atau penjaga.

 

5. Ibu bapa pastinya ingin mendengar tentang pembelajaran akademik anak- anak, bukan hanya sekadar aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Oleh itu, anda boleh meminta pelajar menyatakan input yang telah diperolehi oleh mereka ketika kelas berlangsung pada setiap minggu.

 

6. Tunjukkan langkah yang tepat tentang cara menulis laporan melalui input yang diperolehi.

 

7. Setelah selesai menulis tentang kejadian yang berlaku pada minggu tersebut, anda boleh menambahbahkan satu atau dua ayat berkenaan perancangan aktiviti yang bakal dilakukan pada minggu hadapan. Hal ini juga dapat memberi gambaran kepada murid tentang aktiviti- aktiviti menarik yang telah dirancang.

 

8. Ketika aktiviti menulis laporan berlangsung, anda juga boleh mengajar tentang cara memulakan karangan, mengubah ayat yang panjang dan menandatangani laporan dengan betul.

 

 

Petua dan Kaedah Menulis Laporan

 

  • Pelajar yang menyiapkan laporan lebih awal dari pelajar lain boleh meluangkan masa lebihan mereka dengan mewarna disekeliling laporan. Anda akan dapati bahawa pelajar akan lebih cepat menyiapkan laporan tanpa perlukan tunjuk ajar setelah melakukannya beberapa kali.

 

  • Beritahu pelajar untuk tidak melakukan kesilapan ejaan dalam laporan kerana anda telah menulis cara yang betul sebelum itu. 

 

  • Buat salinan setiap laporan supaya anda akan mempunyai catatan lengkap pada akhir tahun mengenai sorotan setiap minggu.

 

  • Apabila pelajar sudah terbiasa dengan proses ini, anda boleh memutuskan untuk membiarkan mereka menulis laporan sendiri tanpa bantuan daripada guru.

 

Anda boleh menambah laporan dengan buletin bulanan yang dicipta oleh anda sendiri, jika anda menginginkan laporan menjadi lebih panjang, luas dan mempunyai ruang lingkup yang lebih besar.

 

Rujukan

Weekly Newsletter for Parent Communication

 

Tag Laporan

Reflection

Pada pendapat anda, mengapakah pentingnya menulis laporan yang berkualiti?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan petua ketika menulis laporan berkualiti, kecuali

Mengapakah pentingnya melibatkan pelajar dan ibu-bapa dalam menulis laporan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson