Kaedah Menjaga Kebersihan Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat di mana pelajar menghabiskan lebih kurang separuh hari mereka dan itulah sebab menjaga kebersihan bilik darjah adalah sangat penting. Sama ada di bilik darjah atau di rumah anda, menjaga kebersihan harus dilakukan dengan usaha bersama untuk memastikan sentiasa bersih. Oleh itu, di sekolah tugas pembersihan dilakukan oleh kakitangan pembersihan, malah melibatkan pelajar untuk memastikan bilik darjah mereka sentiasa kemas dan bersih adalah cara yang terbaik untuk melatih mereka sentiasa menjaga kebersihan. Selain itu, guru juga disarankan untuk menjadi contoh kepada pelajar.
Berikut merupakan beberapa kaedah pembersihan bilik darjah yang dapat dikongsikan:
1. Pastikan papan putih sentiasa bersih
Papan putih merupakan bahan utama dalam melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu ia sering digunakan, akan terdapat dakwat yang kekal dan susah untuk dipadamkan. Maka, untuk memastikan papan putih sentiasa bersih, gunakan cecair seperti pencuci dapur dan basahkan kain menggunakan cecair tersebut, sapukan pada papan putih.
2. Pastikan tong sampah sentiasa bersih dan kosong
Adalah mustahak untuk menyediakan tong sampah di setiap sudut bilik darjah atau pun sekurang-kurangnya satu di dalam bilik darjah. Jika tidak, pelajar akan mula membuang sampah di merata-rata tempat di dalam bilik darjah. Pihak berkuasa sekolah atau guru perlu memastikannya diganti dengan yang baru atau dibersihkan dengan sempurna pada akhir hari waktu sekolah. Walau bagaimanapun, ia akan berbau busuk pada waktu tengah hari dan dengan itu letakkan kapas dengan beberapa titis minyak pati lemon di bahagian bawah untuk mengurangkan bau busuk.
3. Gunakan pembersih tangan
Menjaga kebersihan tangan pelajar adalah sangat penting untuk mengelakkan kuman tersebar. Maka, nasihatkan pelajar untuk sering mencuci tangan sebelum dan selepas makan serta apabila selepas mereka menggunakan tandas. Galakkan mereka sering menggunakan pembersih tangan sepanjang hari di dalam bilik darjah untuk menjaga kesihatan mereka. Ini adalah kerana kuman yang berada di tangan boleh merebak melalui penyebaran buku atau alat tulis yang mereka gunakan.
4. Gunakan kerusi beg kacang
Penggunaan karpet dan sofa di dalam kelas adalah kebiasaan untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Walau bagaimanapun, penggunaan karpet ini boleh menjadi ruang yang besar untuk mengumpul kuman. Oleh itu, selalu disyorkan untuk menggunakan pilihan yang lebih mudah dibersihkan dengan kerap. Itulah sebabnya para pakar mengesyorkan untuk menggantinya dengan sesuatu yang mudah dibersihkan seperti kerusi beg kacang.
5. Membersihkan peralatan yang dikongsi
Terdapat banyak peralatan yang biasa dikongsi di sekolah apabila ingin digunakan. Maka, pastikan semua peralatan yang digunakan dibersihkan dengan betul untuk mengelakkan penyebaran kuman. Salah satunya ialah penggunaan makmal komputer di mana makmal adalah tempat dimana seluruh pelajar di sekolah berkongsi untuk menggunakannya. Terutamanya adalah papan kekunci, tetikus, dan kerusi. Cara terbaik untuk membersihkan papan kekunci adalah dengan menggunakan pembersih telinga atau berus gigi.
6. Sediakan tempat alat pembersihan
Selain daripada menyediakan tempat untuk menyimpan buku, tempat menyimpan alat pembersihan juga harus disediakan seperti menyediakan bekas atau bakul supaya ia teratur dan mudah dicari apabila ingin digunakan.
7. Sediakan jadual kebersihan
Memberi tanggungjawab kepada seluruh pelajar untuk membersihkan bilik darjah bersama. Ia termasuk menugaskan mereka seperti memadam papan putih, menyapu, membuang sampah di dalam bakul sampah dan sebagainya. Berikan tanda bagus sekiranya tempat mereka bersih dan sebaliknya sekiranya tempat mereka kotor. Cara terbaik membuat jadual kebersihan adalah menukarkan tugasan mereka pada setiap minggu atau sebulan sekali.
8. Menjaga kebersihan harian
Berikan masa kepada pelajar dalam 10 -15 minit setiap hari pada akhir waktu persekolahan untuk melakukan tugasan pembersihan. Pastikan semua sampah dibuang, papan putih dibersihkan, semua peralatan disusun kemas dan disimpan di tempat yang disediakan. Kerusi haruslah dirapatkan ke meja dan lap meja menggunakan cecair pembersihan untuk membasmi kuman.
9. Mendidik pelajar sentiasa bersih
Terangkan dan dedahkan kepada pelajar berkenaan cara-cara yang betul untuk membersihkan bilik darjah. Nasihatkan mereka agar tidak membuang kertas atau serbuk pensil di dalam kelas. Minta mereka menggunakan sudu dengan cara yang betul supaya mereka tidak menjatuhkannya di lantai. Begitu juga, para pelajar harus pastikan bahawa botol air mereka tidak bocor. Sekiranya mereka melihat kotoran di dalam kelas, disarankan untuk laporkan kepada kakitangan pembersih supaya mereka dapat membersihkannya dengan serta-merta.
10. Menyediakan senarai semak kebersihan kelas
Penggunaan senarai semak ini dapat membantu guru memastikan bilik darjah bersih dari semua aspek piawaian. Ini merangkumi mengosongkan tong sampah secara berkala, membersihkan kabinet dan rak buku, membasmi kuman diatas meja, menyapu, membersihkan sink dan sebagainya.
Start your first discussion