Kaedah Membuat Pelajar Senyap Dengan Cepat Semasa Aktiviti Berkumpulan

Kaedah Membuat Pelajar Senyap Dengan Cepat Semasa Aktiviti Berkumpulan

Kerja berkumpulan adalah kaedah meningkatkan sikap kerjasama kepada semua pelajar di dalam kelas. Kadang kala, apabila 30 pelajar bercakap pada masa yang sama menyukarkan untuk menarik perhatian mereka. Berikut merupakan idea yang boleh anda lakukan untuk membuat pelajar cepat mendengar arahan anda semasa membuat kerja berkumpulan.

Selitkan sedikit pertandingan dimana semasa pelajar anda membuat kerja berkumpulan, beritahu mereka bahawa anda akan memberi “magic word” (ia boleh menjadi apa sahaja seperti kata kunci, atau sesuatu yang rawak dan sebagainya). Apabila mereka mendengar “magic word” ini, mereka perlu melakukan sesuatu seperti meletakkan tangan diatas kepala, diam, berdiri atau sebagainya terpulang kepada anda. 

Kumpulan pertama yang melakukannya mendapat mata dan kumpulan terakhir akan kehilangan satu mata. Sepanjang pelajaran, lakukan aktiviti ini dan beri ganjaran kepada kumpulan yang merupakan pendengar yang paling memberi perhatian. 

Kaedah ini boleh digunakan kerana mereka akan bekerja keras dan akan selalu memasang telinga serta anda akan mendapat perhatian mereka dengan cepat. Faktor persaingan membantu menjadikan sesuatu bergerak lebih cepat dan menambahkan unsur keseronokan dalam pelajaran juga. 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson