KAEDAH LUNYI
Sistem pencernaan merupakan sistem yang kompleks dalam badan manusia. Pelajar sering kali tidak dapat menyebut urutan dengan betul kerana sistem pencernaan tidak dapat diihat dengan mata kasar. Oleh yang demikian, kaedah Lunyi boleh diguna pakai untuk membuat murid membuat visualisasi secara ringkas secara tidak langsung dapat mengingat urutan proses pencernaan dengan betul. Kaedah Lunyi menggabungkan kecerdasan muzikal dan visualisasi yang boleh digarap sebagai serpihan kaedah didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 1: Salin lirik lagu berikut
5 peringkat
5 peringkat
Sistem pencernaan (2x)
1 dalam mulut
2 esofagus
3 perut
4 usus
5 dubur (2x)
|
Langkah 2: Guru menyanyikan dahulu lagu (mengikut irama Lagu Didi and Friends; Mengantuk), kemudian diikuti oleh pelajar
Langkah 3: Pelajar melakar lima (5) peringkat sistem pencernaan
Langkah 4: Pelajar menyanyi sambil melakar urutan sistem pencernaan
Contoh lakaran:
MAKLUMAT LANJUT:
Tajuk lain yang sesuai diaplikasikan menggunakan kaedah ini: piramid makanan, susunan gigi, ketumpatan
|
Tag
Sekolah Rendah
Visualisasi Ringkas
Muzikal
Reflection
Bagaimanakah cara anda memudahkan pelajar anda mengingati susunan peringkat sistem pencernaan?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Senaraikan peringkat-peringkat pencernaan dengan tertib.
This field is required
The text is too short
The text is too long
Apakah peringkat ketiga susunan sistem pencernaan merujuk dalam teknik yang dikongsikan ini?
Huraikan secara ringkas teknik mengingati sistem pencernaan yang telah dikongsikan.
This field is required
The text is too short
The text is too long