KAEDAH LANGAT
Terdapat tiga tabiat makan haiwan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor. Pelajar sering kali terkeliru dengan tiga istilah tersebut kerana mempunyai pengakhiran bunyi yang sama. Oleh itu, Kaedah Langat boleh diguna pakai untuk melatih pelajar membezakan istilah tersebut dengan membuat visualisasi secara ringkas. Kaedah ini sesuai dipraktikkan kerana pelajar boleh menggambarkan sendiri hasil lakaran mereka; “saya lakar, saya ingat”!. Kaedah Langat menggabungkan kecerdasan seni dan visualisasi yang boleh digarap sebagai serpihan kaedah didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 1: Guru meminta pelajar untuk menulis abjad H, K dan O
Langkah 2: Guru meminta pelajar untuk menambahkan elemen tumbuhan pada huruf H, elemen haiwan pada huruf K dan gabungan elemen tumbuhan dan haiwan pada huruf O
Langkah 3: Guru mengaitkan elemen tersebut dengan tabiat makan haiwan
Langkah 4: Pelajar diminta untuk melakar
Contoh lakaran:
|
Tag
Pelajar
Sekolah Rendah
Sains
Visualisasi Ringkas
Reflection
Adakah pelajar anda menghadapi masalah untuk membezakan tabiat makan haiwan?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Adakah anda menggunakan kaedah tertentu untuk membantu pelajar mengingat tabiat makan haiwan?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Adakah anda jelas dengan kaedah yang dinyatakan?
Huraikan secara ringkas teknik untuk mengingati tabiat makan haiwan yang telah dikongsikan.
This field is required
The text is too short
The text is too long