Kaedah Inkuiri

Kaedah Inkuiri

Share this post

Perkataan inkuiri berasal daripada perkataan inquire atau enquire yang bermaksud mencari, menyelidik, mengkaji dan menguji sesuatu kaedah untuk memperoleh sesuatu keputusan. Sesuatu pembelajaran tidak akan berlaku dengan berkesan jika pelajar tidak dicabar untuk membentuk dan menguji hipotesis mereka, di samping menentukan maklumat tambahan yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kaedah inkuiri ini dapat membantu pelajar menjawab perkara-perkara yang mereka ingin tahu. Kaedah ini dapat memperluaskan pengetahuan pelajar melalui pelajar melalui aktiviti yang dilakukan sendiri oleh pelajar semasa menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi.

Pelajar dikehendaki mencari dan menerokai konsep dan kemahiran yang terdapat dalam ilmu pengetahuan. Kaedah ini dapat mendedahkan pelajar tentang bagaimana sesuatu aktiviti atau uji kaji itu dijalankan. Pelajar akan cuba mencari maklumat yang diberi, maklumat yang perlu dicari, menjalankan aktiviti, dan membuat kajian sendiri. 

 

Kaedah inkuiri merupakan suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan empat langkah atau peringkat yang dibentuk kepada situasi berikut:

  1. Pembentukan soalan, percubaan untuk menyusun set fakta-fakta, konsep-konsep, dan prinsip-prinsip kepada prinsip yang umum.
  2. Membina prosedur dan memungut maklumat yang akan digunakan dalam menyelesaikan masalah atau situasi yang diberikan.
  3. Menggunakan prosedur dan memungut data untuk mengenal pasti dan mengembangkan pengetahuan.
  4. Menganalisis dan menilai proses inkuiri tersebut untuk membina proses yang umum dan menyiasat situasi yang lain. 
 

Keempat-empat peringkat inkuiri yang dinyatakan tadi mempunyai persamaan dengan lima langkah model penyelesaian masalah seperti berikut:

Gambar Rajah: Proses Kaedah Inkuiri

 

Pada proses mengkaji masalah, soalan-soalan yang dikemukakan mestilah mengandungi masalah yang perlu diselesaikan. Seterusnya, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang sesuai bagi membantu pelajar mengkaji masalah yang diberi secara kumpulan atau individu. Pelajar dikehendaki merancang dengan sendiri langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya menganalisis data. Setelah itu, bolehlah pelajar membuat rumusan atau kesimpulan terhadap masalah yang diberi tadi. 

Guru sebagai moderator akan memandu pelajar untuk membuat rumusan sendiri. Pelajar haruslah menyoal antara satu sama lain untuk menganalisis data dan seterusnya membuat kesimpulan dalam bentuk rumusan, hukum, perkaitan atau teorem matematik berdasarkan penganalisisan data dan maklumat yang telah dikumpulkan. 

Dalam pengajaran secara inkuiri ini guru perlulah membekalkan situasi dan persekitaran yang membolehkan pelajar mengaplikasikannya dan melihat faedah serta kegunaannya. Sebagai contoh, strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik yang menggunakan kaedah inkuiri yang bertajuk “simetri’ seperti berikut:

  1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi empat hingga enam orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan empat kertas berbentuk bulatan yang bertanda paksi bulatan, dengan setiap satunya berlainan saiz.
  2. Setiap kumpulan dikehendaki melipat semua kertas melalui paksi bulatan kepada dua bahagian. Kemudian melipat kesemua bahagian bulatan pada pelbagai arah dan diminta membuat pemerhatian dan memberi keputusan. 
  3. Berdasarkan langkah kedua, pelajar diminta mengenal pasti apakah nama garisan yang terbentuk akibat lipatan tersebut?
  4. Pelajar diminta melukis apa-apa bentuk geometri dalam bulatan-bulatan tersebut. Apakah yang disimpulkan?
  5. Pelajar diminta melukis satu garisan perentas pada setiap bulatan dan mencari satu garisan yang berserenjang (bersudut tepat) dengan perentas yang melalui pusat bulatan, dan ukur setiap garisan perentas yang dibahagi oleh garisan berserenjang dan buat kesimpulan. 
  6. Pelajar diminta membina atau melukis dua perentas yang sama panjang pada setiap bulatan dan cari garis lurus yang berserenjang bagi setiap perentas dan perhatikan di mana ia bersilang.
  7. Pelajar diminta melukis dua atau lebih perentas yang sama panjang bagi setiap bulatan dan ukur lengkuk yang “dipenggal” oleh setiap perentas itu dan buat kesimpulan.

 

Tag Simetri

Simpulkan secara mudah kefahaman anda mengenai kaedah inkuiri

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson