Kaedah Bercerita

Kaedah Bercerita

Share this post

 

  • KAEDAH BERCERITA

     

  • Guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bercerita dalam suasana menghiburkan.
  • Guru mematuhi prinsip bercerita supaya bersesuaian dengan pendengar iaitu murid.
  •  

     

    PRINSIP BERCERITA

     

  • Cerita yang disampaikan mestilah mempunyai tema yang bersesuaian dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid.
  • Menggunakan bahasa yang mudah, sesuai, tepat dan jelas.
  • Menyusun atur plot dari mula hingga penamatnya.
  • Menyampaikan cerita dengan menarik, jelas dan intonasi yang sesuai.
  • Eksperasi wajah dan gerak badan mestilah bersesuaian dengan mood dan suasana cerita seperti riang, sedih atau marah.
  •  

     

    TUJUAN KAEDAH BERCERITA

     

  • Menimbulkan minat murid untuk belajar.
  • Melatih kemahiran mendengar.
  • Memupuk nilai-nilai murni.
  • Memperkaya pengalaman murid.
  • Mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan.
  • Melibatkan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid.
  •  

     

    PERKARA YANG DIAMBIL KIRA DALAM KAEDAH BERCERITA

     

  • Kebolehan murid
  • Masa
  • Ruang dan tempat
  • Suasana dan persekitaran
  • Alat bantu mengajar
  • Bentuk dan jenis cerita
  • Kemampuan pencerita
  •  

     

    LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN KAEDAH BERCERITA

     

    Sebelum Sesi Bercerita

  • Memilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi PdP.
  • Mewujudkan suasana yang memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita.
  • Menyediakan soalan.
  • Menyediakan bahan bantu mengajar.
  •  

    Permulaan Pengajaran

  • Menggunakan set induksi
  • Mengemukan soalan
  • Menunjukkan gambar, rajah dan peta,
  • Mengadakan kuiz atau teka teki.
  •  

    Semasa Sesi Bercerita

  • Menggunakan gaya dan nada suara yang sesuai.
  • Melakukan kontak mata bersama murid.
  • Menggunakan gerak isyarat atau bahasa badan.
  • Menggunakan soalan apabila melihat murid kelihatan bosan.
  • Melibatkan murid dalam aktiviti bercerita.
  • Menerapkan nilai-nilai murni.
  •  

    Selepas Sesi Bercerita

  • Memberi peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan.
  • Menanyakan kepada murid tentang pengajaran cerita.
  • Mengadakan aktiviti sebagai tugasan susulan.
  •  

     

    KELEBIHAN TEKNIK BERCERITA

     

  • Murid dapat menumpukan perhatian terhadap PdP.
  • Murid dapat memahami cerita yang disampaikan.
  • Dapat membina suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan.

 

 

Rujukan

CONTOH AKTIVITI PdP

Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah Pengajaran Sejarah)

 

Tag Teknik Kaedah

Reflection

Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan kaedah bercerita?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut merupakan langkah yang dilakukan selepas sesi bercerita?

Nyatakan satu (1) kelebihan bercerita

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson