Sejarah merupakan mata pelajaran penting untuk lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Subjek ini memerlukan pelajar untuk membaca, memahami dan mengingati fakta. Oleh itu, kebanyakan pelajar gagal mendapat gred yang baik kerana terlalu bosan untuk terus membaca.
Antara masalah murid yang sering dihadapi oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah ialah:
- Tidak meminati Sejarah
- Rasa sukar untuk mengingati fakta
- Rasa tertekan untuk belajar
- Rasa bosan belajar Sejarah
- Tidak membawa buku teks
- Bosan dengan teknik guru mengajar Sejarah
Langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat pelajar untuk terus suka akan subjek Sejarah adalah dengan mengajak murid bermain. Dengan bermain, mereka akan mempelajari Sejarah dengan suasana yang seronok Ini kerana, suasana ketika bermain menjadi rancak disebabkan sikap ingin menang dalam diri setiap individu atau pemain.
Berikut merupakan kelebihan belajar sambil bermain:
- Menyeronokkan dan mengembirakan murid
- Belajar tanpa ada tekanan
- Belajar tanpa menyedari sedang belajar
- Persaingan untuk menang
- Menghafal fakta tanpa disedari
Salah satu kaedah permainan yang boleh digunakan untuk PdP Sejarah ialah bermain Kad Bertema.
KAD BERTEMA
1. Kad
Merupakan sekeping kertas dalam kuantiti yang banyak yang disediakan dalam pelbagai bentuk dan warna menarik.
2. Tema
Perkataan yang dipilih untuk mewakili keseluruhan isi atau huraian.
Contoh: Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara China dan India.
Tema: Strategik
3. Masa yang sesuai digunakan
- Permulaan tajuk baru
- Mengulangkaji pelajaran
- Tajuk-tajuk penting peperiksaan
- Tajuk yang mempunyai kaitan dengan faktor/ciri/kesan/sebab
- Ketika memilih pendekatan/kaedah gabung tajuk
- Ketika suasana PdP yang tidak kondusif (contohnya ketika panas tengahari atau selepas waktu PJ)
4. Bahan bantuan mengajar
- Kad bertema
- Buku teks
- Kad edaran
5. Persediaan sebelum bermula
- Memilih tajuk
- Memilih tema
- Menyediakan kad tema
- Memastikan jumlah kad mencukupi
6. Semasa pelaksanaan
- Mengedarkan kad kepada murid
- Meminta murid mencari isi berdasarkan tema dalam buku teks
- Meminta murid membentuk kumpulan berdasarkan kad tema yang sama
- Murid berbincang jawapan dalam kumpulan
- Wakil atau keseluruhan murid membuat pembentangan
- Mengedarkan borang tema huraian untuk setiap kumpulan
- Murid berbincang dalam kumpulan dan mengisi maklumat dalam borang tema huraian
- Setiap kumpulan membentangkannya
- Meminta kumpulan lain untuk memberikan komen sambil dipantau
7. Pengukuhan
- Mengedarkan borang tema huraian untuk dilengkapkan oleh semua murid
- Menghuraikan perkaitan antara fakta
Langkah 1 - Ulangkaji
1. Bahagikan murid kepada 4 atau 5 orang satu kumpulan.
2. Mengedarkan jadual ulangkaji.
Contoh jadual ulangkaji:
3. Murid dalam kumpulan mengisi jawapan kepada tema dalam jadual dengan merujuk kepada buku teks atau nota.
4. Menukar jawapan sesama kumpulan.
5. Memberi masa untuk kumpulan lain membuat semakan.
6. Mengedarkan jawapan.
Langkah 2 – Mulakan permainan ingat tema
- Mengedarkan 1 set permainan kepada setiap kumpulan.
- Meminta murid membaca arahan dan memulakan permainan.
- Bahan diperlukan: Kad oren-kad tema
Arahan permainan:
- Bilangan pemain- 4/5 orang.
- Kad diedarkan kepada semua pemain.
- Kad berwarna oren bersama kad kosong dikocok dan diletakkan atas meja. Kad dibuka oleh setiap permain.
- Pemain yang mendapat kad kosong memulakan permainan.
- Kocok kad oren sekali lagi dan setiap pemain memilih satu kad oren yang ditutup.
- Pemain pertama akan mula menyemak kad yang dipegang dengan jadual data. Jika ada tema berkaitan, kad disimpan. Jika tidak berkaitan, serahkan kad kepada pemain sebelah.
- Pemain yang mengumpul lima tema berkaitan dianggap pemenang.
Contoh jadual data:
Langkah 3 – Bermain padanan tema dengan huraian.
- Mengedarkan kad tema dan huraian kepada setiap pasukan.
- Meminta murid membaca arahan dan memulakan permainan.
Arahan permainan:
- Kocok kad oren dan edar kepada semua pemain.
- Kocok kad kuning (data dan huraian) bersama tema dan diletakkan atas meja (terbuka).
- Pemain pertama membuka kad oren dan kad kuning. Ambil keduanya jika berkaitan dengan tajuk. Jika tidak berkaitan, tinggalkan.
- Pemain yang mengumpul lima set tema merupakan pemenang.
Contoh skema jawapan:
- Kedudukan Asia Tenggara strategik terletak di antara China dan India.
- Penduduk yang ramai – penting untuk pasaran.
- Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah.
Rujukan
Kaedah Belajar Sambil Main
|