Jurnal Kewangan Saya

Jurnal Kewangan Saya

Share this post

Pendapatan dan Perbelanjaan

Pendidikan kewangan telah diterapkan dalam subjek Matematik seawal sekolah rendah. Dalam topik wang, murid diajar untuk memngenali apa itu ‘pendapatan’ dan ‘perbelanjaan’. Pendapatan merujuk kepada hasil atau sumber kewangan yang diperoleh atau tugasan, pekerjaan, atau usaha yang telah dilakukan. Manakala perbelanjaan merujuk kepada kos yang perlu ditanggung untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Biarpun murid masih lagi belum bekerja, pendidikan kewangan seperti ini adalah penting bagi membantu mereka mengurus kewangan mereka sekaligus melengkapkan diri mereka dengan salah satu kemahiran penting sebelum menempuh alam dewasa. 

 

Jurnal Kewangan

Aktiviti menulis Jurnal Kewangan boleh dijalankan sepanjang tahun. Namun aktiviti ini boleh dimulakan sebaik sahaja murid diajar tentang pendapatan dan perbelanjaan. Guru boleh menerapkan pembelajaran kontekstual dalam membimbing murid memahami konsep pendapatan dan perbelanjaan. 

Berikan beberapa contoh konteks dalam bentuk ayat mudah dan bimbing murid untuk memahami konsep pendapatan dan perbelanjaan dalam konteks – konteks yang diberikan. Paparkan dalam bentuk persembahan slide power point atau dalam helaian kertas yang diberikan kepada individu. 

 

 

Rajah 1: Contoh konteks yang digunakan bagi menerangkan konsep pendapatan.   

 

Berikan seberapa banyak contoh konteks dengan menggunakan pelbagai situasi kehidupan sebenar. Sebagai aktiviti penggayaan, aktiviti sumbang saran boleh dilakukan. Minta murid untuk menyatakan contoh dan minta mereka bentangkan di hadapan kelas sama ada pada kertas mahjong ataupun persembahan slide Power Point. Guru seterusnya membimbing murid untuk menentukan sama ada konteks yang dinyatakan adalah bersesuai dengan konsep ‘pendapatan’ dan ‘perbelanjaan’ atau tidak. 

Untuk peringkat seterusnya, minta murid untuk menyediakan satu buku yang akan dijadikan sebagai Jurnal Kewangan mereka. Pada sesi pertama aktiviti PdPc yang melibatkan penggunaan Jurnal Kewangan ini, guru membimbing murid untuk membina reka letak (layout) dalam Jurnal Kewangan mereka. Elakkan memberi helaian kertas yang sudah tersedia dengan lajur dan petak. Hal ini akan dapat melatih kemahiran menulis (penmanship) mereka. 

 

Rajah 2: Templet Jurnal Kewangan    

 

Murid dibimbing untuk menulis Jurnal Kewangan mereka. Apabila mereka mendapat pendapatan seperti wang saku, upah mencuci pinggan, upah membasuh kereta, dan sebagainya atau apabila mereka membuat perbelanjaan dengan menggunakan wang mereka untuk membeli sesuatu sama ada pembelian dalam talian, pembelian bersemuka mahu pun bayaran mendapatkan upah, minta mereka rekodkan tarikh dan nilai yang diterima atau dikeluarkan. Asingkan mengikut bulan seperti contoh dalam Rajah 3. 

 

Rajah 3: Contoh catatan Jurnal Kewangan bagi satu bulan.  

 

Guru boleh menetapkan aktiviti pengisian Jurnal Kewangan ini dalam suatu tempoh yang bersesuaian. Jika boleh, ingatkan murid untuk menjadikan ini sebagai rutin kehidupan mereka biarpun mereka telah dewasa nanti kerana pendidikan kewangan adala penting dalam merancang masa depan yang lebih baik. Tekankan kepada murid untuk tidak terlalu boros dan tanamkan sikap keusahawanan untuk mendapatkan pendapatan dengan cara yang betul. 

Tag Sekolah Rendah Wang Pendidkan Kewangan

Reflection

Dapatkah murid – murid membezakan antara pendapatan dengan perbelanjaan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah murid – murid zaman sekarang pernah menggunakan jurnal atau diari?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Bagaimanakah pendidikan kewangan ini mampu memberi impak positif kepada murid?

Adakah aktiviti menulis Jurnal Kewangan ini boleh diteruskan apabila murid dewasa nanti?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson