INKUIRI
- Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.
- Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.
- Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.
- Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.
- Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
JENIS-JENIS INKUIRI
Terdapat empat jenis Inkuiri iaitu Inkuiri Pengesahan, Inkuiri Berstruktur, Inkuiri Terbimbing dan Inkuiri Terbuka. Guru boleh memilih untuk menggunakan mana-mana jenis Inkuiri mengikut kesesuaian bidang dan keupayaan murid. Namun begitu, pemilihan ini haruslah merujuk kepada objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang hendak dicapai. Untuk memberi peluang kepada murid secara terarah kendiri dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif, guru perlulah menggunakan Inkuiri Terbuka.
- INKUIRI PENGESAHAN
Murid mengesahkan prinsip atau konsep berdasarkan keputusan penyelidikan terdahulu.
Ciri-Ciri Inkuiri Pengesahan
- Murid disediakan soalan dan prosedur penyelidikan oleh guru.
Murid sudah mengetahui hasil yang perlu dicapai.
- Murid mengikut prosedur yang diberikan untuk mengesahkan hasil atau konsep yang diketahui.
- Sesuai digunakan untuk mengukuhkan idea atau konsep yang dipelajari ntuk memberi pengalaman menjalankan penyelidikan.
- Latihan untuk memperoleh kemahiran tertentu seperti merekod dan menganalisis data.
- Pemikiran murid perlu dirangsang bagi memastikan minds-on walaupun prosedur yang disediakan oleh guru melibatkan hands-on.
- Merupakan Inkuiri tahap rendah, namun ianya membantu untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat ke tahap Inkuiri Terbuka.
- INKUIRI BERSTRUKTUR
Murid membuat penyelidikan berdasarkan persoalan dan langkah-langkah yang ditetapkan oleh guru.
Ciri-Ciri Inkuiri Pengesahan
- Guru menyediakan soalan dan prosedur penyelidikan.
- Murid belum mengetahui hasil yang perlu dicapai.
- Murid melaksanakan penyelidikan mengikut arahan guru.
- Murid membuat hasil dapatan dan kesimpan daripada data/evidens yang diperolehi.
- INKUIRI TERBIMBING
Murid menentukan sendiri pemilihan langkah-langkah dan melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh guru.
Ciri-Ciri Inkuiri Terbimbing
- Guru mencetuskan soalan-soalan yang merangsang murid supaya terus membuat penerokaan.
- Murid mereka bentuk dan menyediakan prosedur penyelidikan.
- Murid membuat penyelidikan berdasarkan prosedur dan soalan yang disediakan.
- Murid merekod dan mengurus data.
- Murid berkongsi hasil dapatan penyelidikan bersama rakan-rakan lain.
- INKUIRI TERBUKA
Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang direka dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topik tertentu.
Ciri-Ciri Inkuiri Terbuka
- Soalan-soalan diberikan oleh murid secara individu atau berkumpulan.
- Murid merancang, mereka bentuk dan melaksanakan penyelidikan.
- Memerlukan penaakulan dan tuntutan kognitif yang tinggi sepanjang proses Inkuiri.
- Minda murid dicabar oleh guru dengan mengemukakan soalan bagi memastikan penyelidikan mereka bermakna.
- Mencerminkan proses sebenar kerana murid berpeluang untuk menjadi seorang penyelidik.
- Murid merekod data menggunakan pelbagai bentuk perwakilan data, menganalisis data, dan membuat kesimpulan berasaskan data atau evidens yang diperoleh.
- Sesuai dilaksanakan bagi murid yang telah menunjukkan kebolehan merancang dan melaksanakan penyelidikan apabila persoalan ditimbulkan.
Rujukan
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
|