Idea Papan Buletin yang Kreatif

Idea Papan Buletin yang Kreatif

Share this post

Kebanyakkan kelas di Malaysia akan mempunyai sebuah ruangan kosong yang disediakan oleh pihak sekolah untuk diisi oleh pelajar. Terdapat ratusan perkara yang boleh dibuat dengan ruangan ini, antarana adalah

1. Papan Mencapai Matlamat
Ini merupakan kaedah yang baik apabila bermulanya sesi persekolahan adalah  dengan menentukan matlamat yang harus pelajar capai pada tahun itu. Dimana anda menampal matlamat-matlamat yang harus dicapai menggunakan kertas yang bercorak dan berwarna-warni.

2. Kuasa pembelajaran yang hebat
Memotivasikan pelajar anda dengan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Tampalkan mesej-mesej positif mengenai pembelajaran, menggunakan papan watak superhero kegemaran mereka.

3. Papan siapakah saya
Minta pelajar dan guru melukis gambar mereka sendiri serta tuliskan 5 sifat keperibadian mereka. Kemudian, lekatkan semuanya di papan seni. Dengan itu, semua orang dapat mengenali antara satu sama lain.

4. Kisah Percutian
Minta pelajar dan guru bercerita tentang pengalaman percutian menggunakan gambar mereka. Kemudian tampalkan gambar-gambar tersebut pada papan buletin.

5. Papan Scrabble
Anda boleh membuat reka bentuk papan seperti permainan scrabble. Gunakan kepingan abjad untuk menulis nama pelajar yang saling berhubung secara mendatar dan menegak antara satu sama lain.

6. Papan mesej positif
Reka papan dengan huruf besar dan tambahkan mesej positif untuk setiap abjad. Sebagai contoh- “A - Adil terhadap diri sendiri”.

7. Papan kenangan
Ambil gambar berkenaan dengan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah. Dimana papan ini akan mengumpulkan semua detik-detik berharga sepanjang tahun.

8. Papan nota kebaikan
Minta pelajar menulis pesanan baik di atas kertas berwarna-warni dan kumpulkan. Tampalkan kertas tersebut di papan dengan sedikit hiasan.

9. Papan ladybug
Reka bentuk ladybug yang besar dan berwarna-warni pada papan dengan meletakkan gambar dan nama semua pelajar anda padanya. 

10. Pintu van bilik darjah
Buat reka bentuk van yang besar di sekitar pintu masuk bilik darjah. Jadikan pintu bilik darjah seperti pintu van.

11. Papan letupan gunung berapi
Reka bentuk gunung berapi yang meletup dengan meletakkan nama pelajar pada papan.

12. Papan saintis
Lukiskan watak saintis pada papan dengan nota dan maksud yang berkaitan dengan menyoal, mengkaji, berfikir, eksperimen, menganalisis dan membuat kesimpulan.

13. Papan guru adiwira
Guru menjadi idea utama dalam reka bentuk ini. Gambar guru diletakkan sebagai adiwira dan letakkan nama atau gambar semua pelajar bersama-sama dengannya.

14. Papan Pacman
Menggunakan inspirasi dari permainan Pacman dengan menampal nama dan gambar pelajar pada papan.

15. Kenali guru anda
Lekatkan gambar dan sedikit biodata guru pada papan. Dengan cara ini, pelajar dapat mengenali guru mereka.

Tag Kelas Keceriaan

Manakah antara idea yang diceritakan menjadi pilihan anda dan kenapa?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson