Eksperimen Respirasi : Penghasilan Karbon Dioksida (Tumbuhan)

Eksperimen Respirasi : Penghasilan Karbon Dioksida (Tumbuhan)

Share this post

 

Eksperimen ini menunjukkan bahawa biji benih yang bercambah akan melepaskan karbon dioksida semasa proses respirasi. Biji benih bercambah boleh bernafas secara aerob dan anaerob.

 

Mereka melakukan pernafasan aerob dengan adanya oksigen bebas sedangkan respirasi anaerob dilakukan ketika mereka tidak mempunyai oksigen.

 

Berikut merupakan eksperimen yang dilakukan:

 

Bahan-bahan:

  • Biji benih direndam dalam air
  • Biji benih kering
  • 2 kelalang kon bersama penutup getah
  • Kertas turas / Kapas
  • Air kapur
  • 2 tabung uji bersama penutup getah / gabus
 

Langkah-langkah:

 

1. Masukkan kertas turas di bahagian bawah dalam kedua-dua kelalang kon.

 

2. Basahkan kertas turas dalam kelalang kon yang pertama dan masukkan beberapa biji benih yang sudah direndam.

 

3. Biarkan kertas turas yang kering dalam kelalang kon yang kedua dan masukkan biji benih yang kering dengan jumlah yang sama dimasukkan dalam kelalang kon yang pertama.

 

4. Tutup kedua-dua kelalang kon dengan penutup getah dan sapu bahagian tepinya  dengan gliserol.

 

5. Biarkan dua kelalang kon tersebut pada suhu bilik selama beberapa hari.

6. Selepas 2-3 hari, buka kelalang kon pertama yang berisi biji yang telah direndam dan tuangkan gas dengan teliti ke dalam tabung uji yang mengandungi air kapur.

 

7. Tutup tabung uji dengan penutup getah dan goncangkan tabung uji dengan lembut.

 

8. Anda dapat melihat air kapur berubah menjadi keruh. Ini adalah disebabkan oleh tindak balas kalsium hidroksida iaitu air kapur dan karbon dioksida untuk membentuk larutan kalsium karbonat.

 

9. Untuk membuktikan ia ada dalam kalsium karbonat, masukkan beberapa titis asid hidroklorik ke dalam air kapur yang keruh. Warna putih keruh akan hilang kerana asid hidroklorik bertindak balas dengan kalsium karbonat untuk membentuk larutan kalsium klorida.

 

10. Kemudian ambil kelalang kon kedua yang berisi biji benih kering.

11. Tuangkan gas yang berada dalam kelalang kon kedua ke dalam tabung uji kedua yang mengandungi air kapur.

 

12. Tutup tabung uji dengan penutup getah dan goncangkan dengan lembut.

 

13. Air kapur tidak berubah menunjukkan bahawa karbon dioksida belum terbentuk disebabkan biji benih kering tidak bercambah dan tidak berlaku proses respirasi.

 

Dari eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa biji benih yang bercambah dapat melakukan proses respirasi, dengan adanya oksigen untuk melepaskan karbon dioksida.

 

Berikut merupakan video eksperimen yang dijalankan:

Kredit : ThomasTKtungnung

 

Rujukan

Carbon dioxide is produced during respiration Experiment

 

Tag Eksperimen Respirasi Tumbuhan

Reflection

Apakah yang dimaksudkan dengan respirasi?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Mengapakah air kapur yang keruh menjadi jernih setelah masukkan beberapa titis asid hidroklorik ke dalamnya?

Apakah yang anda dapat simpulkan daripada pemerhatian yang dijalankan di dalam eksperimen yang telah dikongsikan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson