Eksperimen Fotosintesis : Cahaya Diperlukan untuk Fotosintesis

Eksperimen Fotosintesis : Cahaya Diperlukan untuk Fotosintesis

Share this post

 

Fotosintesis adalah proses dimana tumbuhan hijau menghasilkan bahan makanan mereka sendiri dalam bentuk karbohidrat daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan cahaya matahari, melalui tindak balas dalam organisma. 

 

Fotosintesis berlaku di dalam organel sel yang disebut kloroplas yang mengandungi banyak pigmen fotosintetik yang disebut klorofil. Terdapat 4 keperluan fotosintesis:

  • Cahaya matahari
  • Klorofil
  • Air
  • Karbon dioksida
 

Semasa cahaya matahari muncul, klorofil pada tumbuhan akan menyerap cahaya yang dijadikan sebagai tenaga utama dalam menghasilkan glukosa.

 

Fotosintesis

 

Untuk menjalankan eksperimen ini, bahan yang diperlukan adalah:

  • Tanaman pasu yang mempunyai daun yang lebar.
  • Tabung uji bersaiz besar
  • Etanol / Isopropanol / Akohol Metilasi (Methylated)
  • Larutan Iodine
  • Piring Petri
  • Sekeping kertas hitam
  • Gunting
  • Pita lekat
  • Klip kertas
  • Forceps
  • Air
  • Kapas
  • Bikar

 

Langkah-langkah:

 

1. Letakkan tanaman pasu di tempat gelap selama 2-3 hari. (langkah ini adalah penting untuk membebaskan tumbuhan daripada kanji yang terbentuk pada daun sebelum memulakan eksperimen).

 

2. Keluarkan tanaman pasu dari tempat gelap.

3. Potong sehelai kertas, bahagikan dua kertas tersebut, lubangkan di bahagian tengah kertas pada bahagian pertama dengan membuat bentuk yang anda inginkan.

 

4. Lipat dan lekatkan kertas yang dipotong menggunakan pita lekat.

 

5. Sarung daun menggunakan kertas.

 

6. Pasangkan beberapa klip kertas pada daun yang telah disarung dan kemaskan bahagian yang terbuka supaya tertutup.

 

7. Biarkan tumbuhan tersebut di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

 

8. Petik daun yang ditutup dengan kertas hitam dan keluarkan daun daripada kertas hitam.

 

9. Masukkan daun ke dalam tabung uji yang mengandungi larutan alkohol etanol, pastikan daun direndam sepenuhnya.

 

10. Tutup permukaan tabung uji menggunakan kapas.

11. Letakkan tabung uji di dalam bikar yang berisi air dan didihkan air untuk mewarnakan pigmen klorofil.

 

12. Setelah daun berubah warna, keluarkan daun dari larutan alkohol dengan menggunakan forcep.

13. Rendamkan daun selama beberapa saat di dalam air yang dipanaskan untuk melembutkan daun.

 

14. Pindahkan daun ke dalam piring petri yang mengandungi larutan iodine.

 

15. Setelah beberapa minit, anda akan melihat bahawa bahagian daun yang terdedah bertukar menjadi warna hitam di dalam larutan iodine. Manakala bahagian yang ditutupi oleh kertas hitam, tidak menunjukkan perubahan warna yang ketara kecuali warna iodine iaitu coklat samar. 

 

Daripada eksperimen ini jelas menunjukkan bahawa cahaya matahari adalah komponen yang penting dalam fotosintesis.

 

Berikut merupakan video eksperimen yang dijalankan:

Kredit : ThomasTKtungnung

 

Rujukan

Light is essential for Photosynthesis Practical Experiment

 

Tag Sains Fotosintesis Eksperimen Cahaya

Reflection

Mengapakah cahaya penting di dalam proses fotosintesis tumbuhan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah larutan yang digunakan untuk menukarkan warna daun di dalam eksperimen yang telah dikongsikan?

Mengapakah tabung uji yang mengandungi daun dimasukkan ke dalam bikar berisi air dan didihkan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson