NOTA:
- Interaksi antara medan magnet bagi dawai kuprum berarus dan medan magnet daripada magnet Magnadur akan menghasilkan suatu medan lastik. Medan lastik ini mengenakan suatu daya pada dawai kuprum itu dalam arah menegak ke atas. Pada masa yang sama, magnet Magnadur mengalami suatu daya tindak balas dengan magnitud yang sama tetapi dalam arah yang bertentangan. Daya ini bertindak pada piring neraca elektronik untuk menghasilkan suatu bacaan yang mewakili magnitud daya tersebut. Maka, daya yang besar akan menghasilkan bacaan yang besar pada neraca elektronik.
- Kutub utara dan kutub selatan magnet Magnadur boleh ditentukan dengan membawa kutub utara sebatang magnet bar berhampiran dengan magnet Magnadur itu. Ingat, kutub-kutub yang sama menolak manakala kutub-kutub yang bertentangan menarik.
Eksperimen Elektromagnet (Aktiviti 4.3)
Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi daya yang bertindak keatas konduktor pembawa arus dalam suatu medan magnet.
Radas: Kit daya magnet, bekalan kuasa arus terus dan rheostat.
Prosedur: Catatkan jisim yang dipaparkan pada penimbang
elektronik di dalam jadual 1.
NOTA:
- Nilai voltan diset pada 2V, 3V dan 4V.
- Bacaan jisim yang diukur oleh neraca elektronik adalah dalam unit gram.
- Bacaan pada neraca elektronik boleh ditukar kepada nilai daya dalam unit SI dengan mengubah gram kepada kilogram dan didarab dengan nilai pecutan graviti iaitu 9,81 \(ms ^{-2}\).
Jadual 1
|
Perbincangan:
- Apakah hubungan antara voltan yang dikenakan merentasi dawai kuprum dengan arus dalam dawai tersebut?
- Bagaimanakah magnitud arus mempengaruhi magnitud daya pada konduktor pembawa arus?
- Apakah kesan kekuatan medan magnet terhadap magnitud daya pada konduktor pembawa arus?
Rujukan:
Buku Teks Tingkatan 5 KSSM
|
Tag
Magnitud
Elektromagnet
Arus
Reflection
Pada pendapat anda, apakah akan terjadi pada magnitud daya pada konduktor pembawa arus dalam medan magnet apabila magnitud arus dan kekuatan medan magnet bertambah?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Apakah hubungan antara voltan yang dikenakan merentasi dawai kuprum dengan arus dalam dawai tersebut?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Bagaimanakah magnitud arus mempengaruhi magnitud daya pada konduktor pembawa arus?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Apakah kesan kekuatan medan magnet terhadap magnitud daya pada konduktor pembawa arus?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Yang manakah antara berikut merupakan kenyataan yang SALAH?