Ejaan Satu ‘k’ atau Dua ‘k’ dengan Teknik Kawan Rapat

Ejaan Satu ‘k’ atau Dua ‘k’ dengan Teknik Kawan Rapat

Share this post

Lazimnya, pelajar sering mengalami masalah mengeja dan membezakan perkataan yang dieja dengan satu ‘k’ atau dua ‘k’ yang disebabkan oleh imbuhan akhiran –an dan imbuhan akhiran –kan serta kata dasar yang diakhiri dengan huruf k. Jadual di bawah menunjukkan contoh perkataan yang sering dieja dengan salah dan perkataan yang dieja dengan betul.

Cara terbaik untuk menentukan sama ada ejaan sesuatu perkataan tersebut dieja dengan satu ‘k’ atau dua ‘k’ adalah dengan melihat imbuhan awalan yang hadir di hadapan kata dasar. Dalam hal ini, teknik kawan rapat boleh diaplikasi. Secara jelas, kata dasar yang digabungkan dengan imbuhan awalan ke-, peR-, peN- (variasinya pe-, pem-, pen-, peng- dan penge-) berkawan rapat dengan imbuhan akhiran –an. Manakala, kata dasar yang digabungkan dengan imbuhan awalan meN- (variasinya me-, mem-, men-, meng- dan menge-) berkawan rapat dengan imbuhan akhiran –kan. Jadual di bawah menunjukkan perinciannya.

Oleh itu, apabila pelajar menjumpai kata dasar yang diakhiri dengan huruf k dan mempunyai imbuhan apitan, guru hendaklah menyatakan bahawa pelajar harus melihat imbuhan awalan yang hadir bersamanya terlebih dahulu. Contohnya, kata dasar yang mempunyai imbuhan awalan ke-, per-, pe-, pem-, pen-, peng- dan penge- akan digandingkan dengan imbuhan akhiran –an dan bukan imbuhan akhiran –kan. Manakala, kata dasar yang mempunyai imbuhan awalan me-, mem-, men-, meng- dan menge- akan digandingkan dengan imbuhan akhiran –kan dan bukan imbuhan akhiran –an. Contoh ejaan dengan teknik kawan rapat adalah seperti di bawah.

 

 

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah tatabahasa

Reflection

Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar ketika mengeja perkataan yang mempunyai satu ‘k’ atau dua ‘k’?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah pelajar sering keliru dengan ejaan perkataan yang mempunyai satu ‘k’ atau dua ‘k’?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Imbuhan awalan meN-  berkawan rapat dengan imbuhan akhiran?

Adakah formula ini akan membantu pelajar anda memahami dan mengingati cara membezakan perkataan yang mempunyai satu ‘k’ atau dua ‘k’?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson