Classkick Untuk PdPR Menarik dan Interaktif

Classkick Untuk PdPR Menarik dan Interaktif

Share this post

Apakah itu Classkick?
Classkick merupakan aplikasi yang boleh membantu guru-guru dalam PAK21 dengan mudah dan cepat. Dimana berikut ialah beberapa fungsinya:

  1. Menanda hasil kerja pelajar secara langsung.
  2. Pelajar boleh memjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan.
  3. Menggantikan kertas mahjong kepada slide.

Langkah-langkah:

  1. Pada carian Google, taip ‘Classkick’.
  2. Pada website Classkick, tekan ‘Sign Up, It’s Free’ untuk membuat akaun Classkick dengan menggunakan email DELIMA. Kemudian, masukkan maklumat yang dikehendaki.
  3. Tekan ikon ‘+’ di bahagian atas kanan, kemudian pilih ‘Create From File’ untuk memuat naik soalan sekiranya soalan tersebut telah dibuat terlebih dahulu dalam fail PDF. 
  4. Setelah selesai, masukkan maklumat yang diperlukan seperti ‘Nama’ dan ‘Description’ bagi fail tersebut. kemudian tekan fail yang ingin dimuat naik untuk mengedit.
  5. Pada bahagian atas paparan mempunyai beberapa pilihan bentuk jawapan yang boleh digunakan, sekiranya soalan berbentuk struktur atau subjektif, tekan ikon ‘Add Fill In The Blank’ berbentuk segi empat sama untuk memasukkan petak jawapan dimana pelajar boleh mengisi jawapan mereka. Setelah selesai mengedit, tekan ikon ‘<’ pada bahagian atas kiri.
  6. Tekan ‘Assign’ untuk memuat naik fail tersebut.
  7. Tekan pada bahagian kanan pada baris fail tersebut untuk mendapat Code dan link untuk diberikan kepada pelajar.
  8. Setelah pelajar selesai menjawab soalan tersebut, tekan ‘View Work’ untuk melihat jawapan yang telah diisi oleh pelajar. 
  9. Tekan pada fail yang mempunyai nama pelajar untuk menyemak jawapan.
  10. Pada bahagian atas paparan terdapat beberapa pilihan seperti memasukkan suara, petak teks, dan pen, dimana guru boleh gunakan untuk menanda dan memberi komen terhadap hasil kerja pelajar. 

Maka, dengan menggunakan Classkick pelajar boleh menghantar tugasan yang diberikan walaupun dengan pembelajaran jarak jauh. ia juga merupakan aplikasi yang boleh menjadikan PdPR menarik dan interaktif.
 

Tag Classkick

Reflection

Bagaimana cara anda memberi dan menyemak tugasan yang diberikan kepada pelajar semasa sesi PdPR?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah jenis fail yang boleh dimuat naik ke dalam aplikasi Classkick?

 

Loading...
Load lesson