INKUIRI
- Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.
- Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.
- Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.
- Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.
- Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
CIRI-CIRI INKUIRI
1. Berpusatkan Murid
- Murid melakukan operasi intelektual ketika menjalankan aktiviti.
- Murid melakukan aktiviti meneroka, mengena pasti, mencari dan menguji pengetahuan.
- Murid menggunakan idea atau akal fikiran terhadap sesuatu isu, masalah atau pengetahuan dengan keadaan masa kini.
- Menggalakkan pengibatan murid secara aktif. Murid bertindak memainkan perana sebagai perancang dan pelaku dalam proses pembelajaran.
2. Meransang Minat dan Sikap Ingin Tahu
- Murid diransang minat dan sikap ingin tahu untuk meneroka, mencari maklumat, menyoal dan menyiasat situasi atau masalah yang berlaku daripada keadaan yang diwujudkan oleh guru.
3. Mengemukakan Soalan dan Membuat Inferens dalam Proses Pencarian Maklumat
- Mementingkan soalan yang mencabar pemikiran murid.
4. Melibatkan Proses Kognitif, Afektif dan Psikomotor
- Bermula dengan pemerhatian, penerokaan, pengumpulan dan interpretasi data, menerangkan secara refleksi.
- Berorientasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran.
- Semasa melakukan aktiviti, proses mental berkembang dalam penyelesaian masalah, membuat pemerhatian, membuat andaian/membina hipotesis, menguji hipotesis, mengumpul data dan akhirnya membuat kesimpulan berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan.
Rujukan
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
|
Tag
Ciri
Inkuiri
Reflection
Apakah yang anda faham tentang inkuiri?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Yang manakah antara berikut tidak terdapat dalam ciri-ciri inkuiri?
Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan ciri merangsang minat dan sikap ingin tahu.
This field is required
The text is too short
The text is too long