Satu kajian telah melihat sebilangan pekerja yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan bekerja dengan lebih masa boleh mengganggu ketahanan emosi mereka. Manakala, bagi seorang guru pula harus berhadapan dengan murid yang mempunyai perangai yang berbeza. Berikut merupakan cara bagaimana untuk meningkatkan motivasi:
1. Menjadi amanah
Dengan bersikap amanah, anda akan setia pada nilai dan kepercayaan yang anda pegang. Ia termasuk kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan. Satu kajian telah menunjukkan bahawa dengan mencari kepadanan antara nilai-nilai ini, kepercayaan dan tindakan anda, ia boleh mendorong anda dalam meningkatkan kecerdasan emosi. Maknanya, apabila anda mengalami kecelaruan emosi, kemungkinan besar anda dapat mengatasinya.
2. Kekalkan perspektif
Kadang kala ditempat kerja anda akan mengalami naik dan turun, itu adalah perkara biasa, malahan sukar untuk mengekalkan pemikiran yang positif. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubah pemikiran yang negatif dengan mengubah corak pemikiran. Untuk mengubah corak pemikiran ini anda akan menghadapi cabaran, oleh kerana itu anda akan dapat pelajari sesuatu dan memperbaikinya, dimana menerima kegagalan dan menjadikan tekanan sebagai pendorong.
3. Menguruskan tekanan
Cari masa untuk berehat dan seimbangkan kehidupan kerja yang sihat. Kerja adalah penting dalam kehidupan, namun jangan jadikan kerjaya anda boleh menggugat anda. Pastikan diri anda bersosial dan nikmati masa lapang, dimana ia akan memberi kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan dan prestasi kerja anda. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan jalani hubungan dengan keluarga dan rakan memberi kesan yang bermanfaat pada kehidupan anda apabila di luar waktu kerja.
4. Bekerjasama dengan rakan sekerja
Mempunyai rakan sekerja yang ramai mempunyai banyak kelebihan kerana mereka mempunyai kepakaran mereka sendiri. Bukan sahaja mereka dapat memberikan sokongan dan bimbingan kepada anda, tetapi juga boleh membuka pintu kepada peluang dan peningkatan pembelajaran baru.
5. Kekal sihat
Untuk mengekalkan daya ketahanan di tempat kerja, anda mestilah kekal aktif dan membuat diet seimbang juga memainkan peranan penting untuk mengatasi halangan yang akan datang. Bersenam adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan, membersihkan minda dan boleh meningkatkan keyakinan diri.
6. Memupuk hubungan
Orang di sekeliling anda adalah aset besar yang anda boleh manfaatkan. Apabila anda dikelilingi dengan orang-orang yang bermotivasi, memberi inspirasi dan mencabar anda, anda akan dapat memupuk hubungan dengan orang yang mendorong anda untuk mencapai matlamat anda.
|